Lelongan Wang Kertas Ringgit dengan Nombor Siri Khas Secara dalam Talian
BNM akan mengadakan lelongan wang kertas Ringgit dengan nombor siri khas secara dalam talian yang akan dibuka dari 23 April hingga 30 April 2022. Lelongan ini dikendalikan oleh jurulelong yang dilantik oleh BNM, iaitu MNP Auctioneers (Central) Sdn. Bhd. (MNP) dan bidaan boleh dibuat melalui pautan ini. MNP akan memulakan sesi ‘Lelongan Secara Langsung’ pada 30 April 2022 (Sabtu) pukul 11.00 pagi.
Wang kertas Ringgit dengan nombor siri khas akan dilelong, seperti set 10 wang kertas terawal (cth. LL0000001-0000010) dan nombor super solid dengan awalan berulang (cth. LL8888888).
Pendaftaran dan bidaan dalam talian boleh dilakukan melalui www.best2bid.com. Maklumat lanjut mengenai lelongan boleh didapati melalui laman sesawang MNP iaitu www.mnp.com.my atau talian khidmat pelanggan MNP melalui 017-400 6661.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.