Lelongan Wang Kertas Ringgit dengan Nombor Siri Khas Secara dalam Talian

06 Sep 2022 Notis Umum

BNM akan mengadakan lelongan wang kertas Ringgit dengan nombor siri khas secara dalam talian yang akan dibuka dari 5 September hingga 24 September 2022. Lelongan ini dikendalikan oleh jurulelong yang dilantik oleh BNM, iaitu MNP Auctioneers (Central) Sdn. Bhd. (MNP) dan bidaan boleh dibuat melalui pautan ini. MNP akan memulakan sesi ‘Lelongan Secara Langsung’ pada 24 September 2022 (Sabtu) jam 11.00 pagi.

Wang kertas Ringgit dengan nombor siri khas akan dilelong, seperti set 10 wang kertas terawal (cth. LL0000001-0000010) dan nombor “super solid” dengan awalan berulang (cth. LL8888888).

Pendaftaran dan bidaan dalam talian boleh dilakukan melalui www.best2bid.com. Maklumat lanjut mengenai lelongan boleh didapati melalui laman sesawang MNP iaitu www.mnp.com.my atau talian khidmat pelanggan MNP melalui 017-400 6661.


Bank Negara Malaysia
06 September 2022

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?