Let Seng Enterprises Sdn Bhd Dituduh bagi Kesalahan Perniagaan Perkhidmatan Wang Haram
Bank Negara Malaysia hari ini membuat pertuduhan terhadap Let Seng Enterprises Sdn Bhd dan pengarah syarikat tersebut, Koh Chye Teck di bawah seksyen 4(1) Akta Perniagaan Perkhidmatan Kewangan 2011 di Mahkamah Sesyen Kota Tinggi kerana menjalankan operasi perniagaan perkhidmatan wang (pengurupan wang) tanpa lesen yang sah di premis syarikat tersebut yang beralamat di No 72, Jalan Besar, Sungai Rengit, 81620 Pengerang, Johor.
Sejak Akta tersebut dikuatkuasakan, Let Seng Enterprises Sdn Bhd merupakan syarikat pertama yang didakwa di bawah Akta Perniagaan Perkhidmatan Kewangan 2011. Jika didapati bersalah, hukuman yang dikenakan ialah denda sehingga lima juta ringgit atau penjara sehingga sepuluh tahun, atau kedua-duanya sekali.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.