Liberalisasi Dasar Pentadbiran Pertukaran Asing

Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 1000 pada Rabu, 28 November 2007
28 Nov 2007 Siaran Akhbar

Bank Negara Malaysia mengumumkan bahawa berkuat kuasa serta merta, syarikat pemastautin yang mempunyai perolehan eksport dibenarkan untuk membuat pembayaran dalam mata wang asing kepada syarikat pemastautin yang lain bagi penjelasan pembelian barangan dan perkhidmatan. Tujuan liberalisasi ini adalah untuk mempertingkatkan daya saing Malaysia dengan mengurangkan kos menjalankan perniagaan bagi syarikat pemastautin. Dengan liberalisasi tersebut, pengeksport mempunyai kawalan dan kefleksibelan yang lebih baik dalam pengurusan aliran tunai mata wang asing, dan dengan itu boleh menyelesaikan transaksi domestik dan luar negeri dengan lebih efektif.

Maklumat lanjut berkaitan dasar pentadbiran pertukaran asing boleh didapati di laman web Bank Negara Malaysia (/fxadmin) atau dengan menghubungi BNMTELELINK di:

BNMTELELINK
Tingkat Mezzanine, Blok C
Bank Negara Malaysia, Jalan Dato' Onn
50480 Kuala Lumpur
Email: [email protected]
Tel: 1-300-88-LINK (5465)
Fax: 03-2174 1515, 03-2174 1616


Bank Negara Malaysia
28 November 2007

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?