| I. |
Keperluan Membuat Laporan oleh Pengeksport |
| |
Untuk memudahkan proses perniagaan dan mengurangkan kos pentadbiran pengeksport Malaysia, keperluan membuat laporan kepada Bank Negara Malaysia oleh pengeksport telah dilonggarkan seperti berikut – |
| |
| (a) |
Keperluan untuk mengemukakan laporan tahunan eksport barangan oleh semua pengeksport dimansuhkan. |
| (b) |
Penyerahan laporan suku tahunan oleh pengeksport dengan jumlah kasar eksport yang tidak melebihi RM50 juta setahun dimansuhkan.
Sebelum 1 April 2004, semua pengeksport diperlukan untuk menyerahkan laporan suku tahunan serta laporan tahunan untuk semua eksport yang melebihi nilai bersamaan RM100,000 f.o.b.
Dengan kelonggaran seperti di atas, cuma pengeksport yang mempunyai jumlah kasar eksport yang melebihi RM50 juta setahun sahaja perlu mengemukakan laporan suku tahunan kepada Bank Negara Malaysia. Mekanisme laporan juga dipermudahkan dengan mengambil kira operasi perniagaan syarikat.
|
|
| II. |
Akaun Mata Wang Asing Pemastautin |
| |
Untuk menjana pengurusan aliran tunai dan menyokong pengembangan nilai berangkai di Malaysia, peraturan untuk membuka akaun mata wang asing dilonggarkan seterusnya. Had semalaman akaun mata wang asing syarikat pemastautin dan individu juga naikkan seperti berikut – |
| |
Syarikat Pemastautin |
| |
| (a) |
Had semalaman akaun mata wang asing untuk menyimpan perolehan daripada eksport barangan bagi Ibu Pejabat Operasi yang diluluskan (OHQ) ditingkatkan lagi kepada AS$100 juta daripada AS$70 juta. |
| (b) |
Had semalaman akaun mata wang asing eksport barangan untuk pengeksport pemastautin yang lain juga ditingkatkan dan dipermudahkan menjadi 3 tahap. Had semalaman sebelum dan setelah dipinda berdasarkan purata perolehan eksport bulanan adalah seperti berikut – |
| |
|
Sebelum 1 April 2004
|
Berkuatkuasa 1 April 2004
|
|
Purata Perolehan Eksport Bulanan(RM juta)
|
Had Agregat Semalaman(AS$ juta)
|
Purata Perolehan Eksport Bulanan(RM juta)
|
Had Agregat Semalaman(AS$ juta)
|
|
> 100
|
70
|
> 100
|
100
|
|
> 50 sehingga 100
|
50
|
> 50 sehingga 100
|
60
|
|
> 20 sehingga 50
|
30
|
|
> 10 sehingga 20
|
10
|
|
> 5 sehingga 10
|
5
|
Sehingga 50 dan pengeksport baru
|
30
|
|
Sehingga 5 dan pengeksport baru
|
3
|
|
| (c) |
Peraturan semasa untuk membuka akaun mata wang asing bagi menyimpan perolehan bukan daripada eksport barangan daripada bukan pemastautin juga diselaraskan. Syarikat pemastautin yang mempunyai atau tidak mempunyai pinjaman tempatan, boleh membuka akaun mata wang asing bukan eksport dengan bank berlesen tempatan tanpa had semalaman. Syarikat pemastautin yang tidak mempunyai pinjaman tempatan boleh juga menyelenggara akaun mata wang asing bukan eksport dengan bank berlesen luar pesisir di Labuan, tetapi sehingga had agregat semalaman sebanyak AS$500,000.
|
|
(d)
|
Selain itu, pengeksport pemastautin juga diberi pilihan untuk menggabungkan akaun mata wang asing eksport dan bukan eksport mereka bagi pengurusan dana yang lebih baik dan mudah. Akaun yang digabungkan akan tertakluk kepada had semalaman yang dikenakan ke atas akaun mata wang asing eksport. |
|
(e)
|
Syarikat pemastautin yang telah menjual hadapan penerimaan mata wang asing untuk mata wang ringgit atau mata wang asing yang lain dengan bank berlesen tempatan, dibenarkan menyimpan buat sementara waktu dalam akaun mata wang asing mereka, amaun penerimaan mata wang asing yang diterima sebelum tarikh matang kontrak tukaran hadapan, sehingga tempoh kontrak tukaran hadapan tersebut matang. |
| |
Individu Pemastautin
|
| (f) |
Individu pemastautin terus boleh menukar mata wang ringgit kepada mata wang asing dan menyimpan dana tersebut dalam akaun mata wang asing semata-mata untuk tujuan melanjutkan pelajaran dan bekerja di luar negeri. Had ke atas akaun mata wang asing tersebut telah ditingkatkan daripada AS$100,000 sehingga had agregat semalaman AS$150,000 masing-masing dengan bank berlesen tempatan dan bank berlesen luar pesisir di Labuan.
Had maksima yang boleh disimpan di dalam akaun mata wang asing di luar negeri kekal sebanyak AS$50,000.
|
| (g) |
Individu pemastautin yang mempunyai dana di luar negeri (bukan daripada penukaran mata wang ringgit) boleh menyelenggara akaun mata wang asing bukan eksport, di dalam atau luar negeri, termasuk dengan bank berlesen luar pesisir di Labuan, tanpa sebarang had semalaman. |
| (h) |
Individu pemastautin di Malaysia yang mempunyai dana mata wang asing boleh melabur dalam sebarang produk mata wang asing yang ditawarkan oleh bank berlesen tempatan. |
|
| III. |
Kemudahan kredit Dalam Ringgit kepada Bukan Pemastautin |
| |
Untuk memudahkan akses memperolehi mata wang ringgit bagi membiayai keperluan perniagaan di Malaysia, had untuk bukan pemastautin memperolehi pinjaman dalam mata wang ringgit daripada institusi kewangan tempatan dilonggarkan dan dipermudahkan seperti berikut – |
| |
| (a) |
Pemastautin (bank dan bukan bank) boleh memberi kemudahan kredit dalam ringgit sehingga tiga pinjaman harta tanah kepada bukan pemastautin untuk pembiayaan atau pembiayaan semula pembelian atau pembinaan harta tanah di Malaysia, tidak termasuk pembelian tanah sahaja.
Sebelum 1 April 2004, hanya institusi kewangan dan majikan sahaja dibenarkan memberikan pinjaman harta tanah kepada bukan pemastautin.
|
| (b) |
Kesemua had pinjaman ringgit untuk pelbagai tujuan oleh institusi perbankan kepada bukan pemastautin (tidak termasuk syarikat broker saham, bank kustodian dan bank koresponden) telah digabungkan kepada satu had agregat dan ditingkatkan kepada RM10 juta.
Bukan pemastautin boleh mengguna kemudahan kredit mata wang ringgit ini untuk sebarang tujuan di Malaysia, tidak termasuk pembiayaan atau pembiayaan semula pembelian atau pembinaan harta tanah.
Had RM10 juta yang digabungkan adalah untuk menggantikan pelbagai had pinjaman mata wang ringgit kepada bukan pemastautin yang berikut –
|
| |
| (i) |
Sehingga RM200,000 bagi sebarang tujuan (kecuali pembelian harta tanah); |
| (ii) |
Sehingga RM500,000 kemudahan overdraf yang dijamin sepenuhnya oleh deposit tetap; |
| (iii) |
Sehingga RM5 juta bagi pembiayaan projek di Malaysia; dan |
| (iv) |
Satu pinjaman kenderaan. |
|
| (c) |
Had agregat untuk kemudahan semalaman overdraf yang boleh diberikan oleh bank berlesen tempatan kepada broker saham bukan pemastautin atau bank kustodian bukan pemastautin bagi memudahkan pembayaran pembelian saham yang disenaraikan di Malaysia Securities Exchange Berhad disebabkan kelewatan penerimaan dana kerana zon masa yang berlainan atau kesilapan teknikal yang tidak dijangkakan telah ditingkatkan kepada RM200 juta daripada RM10 juta.
Sebelum 1 April 2004, bank berlesen tempatan boleh memberi kemudahan kredit tersebut sehingga had urus niaga harian sebanyak RM200 juta dan had semalaman sebanyak RM10 juta sahaja.
|
| (d) |
Untuk memantapkan lagi pasaran bon tempatan, Bank Pembangunan Pelbagai Hala (MDB), di mana Malaysia adalah ahli, dan syarikat multinasional asing (MNC), dibenarkan, berdasarkan merit setiap kes, menerbit bon mata wang ringgit di Malaysia. Perolehan daripada penerbitan tersebut boleh digunakan di dalam atau di luar negeri. |
|
| IV. |
Pelaburan Luar Negara oleh Pemastautin |
| |
Untuk menyediakan fleksibiliti yang lebih dalam pengurusan dana, institusi tempatan dan pemastautin tertentu dibenarkan melabur ke luar negeri dalam lingkungan rangka kerja berikut – |
| |
| (a) |
Syarikat pengurusan amanah saham dibenarkan melabur keseluruhan jumlah Nilai Aset Bersih (NAV) yang boleh dibayar kepada bukan pemastautin dan sehingga 10% daripada NAV bagi setiap dana yang boleh dibayar kepada pemastautin. Dana yang berlainan daripada syarikat pengurusan saham atau dana daripada syarikat-syarikat yang berlainan boleh digabungkan bagi mendapat manfaat ekonomi ikut bidangan apabila melabur ke luar negeri. Pelaburan tersebut perlu sejajar dengan garis panduan berhemat Suruhanjaya Sekuriti. |
| (b) |
Syarikat insurans dan pengendali takaful boleh melabur ke luar negeri masing-masing sehingga 5% daripada Margin Kesolvenan (MOS) dan sehingga 5% daripada jumlah keseluruhan aset mereka. Syarikat insurans dan pengendali takaful juga boleh melabur ke luar negeri sehingga 10% daripada NAV dana yang berkaitan dengan pelaburan yang dipasarkan oleh mereka. Pelaburan ini perlu memenuhi peraturan berhemat insurans dan takaful yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia. |
| (c) |
Pengurus dana/aset boleh melabur ke luar negeri sehingga keseluruhan jumlah pelaburan pelanggan bukan pemastautin dan sehingga 10% daripada pelaburan pelanggan pemastautin. Dana-dana daripada syarikat yang berlainan boleh digabungkan bagi mendapat manfaat ekonomi ikut bidangan apabila melabur ke luar negeri dan mesti berdasarkan mandat pelanggan mereka serta mematuhi panduan berhemat Suruhanjaya Sekuriti. |
| (d) |
Individu pemastautin yang bekerja atau tinggal di luar negeri dan mempunyai dana mata wang asing boleh melabur dalam sebarang aset mata wang asing, termasuk yang ditawarkan oleh bank berlesen tempatan dan bank berlesen luar pesisir di Labuan. Individu pemastautin di Malaysia yang mempunyai dana mata wang asing hanya boleh melabur dalam produk mata wang asing yang ditawarkan oleh bank berlesen tempatan. |
|
| V. |
Kontrak Tukaran Hadapan |
| |
Untuk meningkatkan kecekapan pengurusan risiko dedahan mata wang asing – |
| |
| (a) |
Pemastautin dibenarkan menjual hadapan sebarang penerimaan mata wang asing untuk mata wang ringgit dengan bank berlesen tempatan atau bank saudagar yang diluluskan sehingga tempoh sah urus niaga asas. Ini tertakluk bahawa urus niaga tersebut disokong oleh komitmen yang sah untuk menerima mata wang asing tersebut daripada bukan pemastautin. |
| |
Sebelum 1 April 2004, pemastautin dibenarkan menjual hadapan penerimaan mata wang asing, selain daripada perolehan eksport barangan, untuk mata wang ringgit dengan bank berlesen tempatan sehingga tempoh 12 bulan sahaja. |
| (b) |
Pemastautin boleh juga mengikat kontrak tukaran hadapan mata wang asing untuk menjual mata wang asing yang belum diterima untuk mendapatkan mata wang asing yang lain dengan bank berlesen tempatan dan bank saudagar yang diluluskan tertakluk bahawa urus niaga itu disokong oleh komitmen yang sah.
Penggunaan dan penyimpanan mata wang asing yang dibeli hadapan mestilah mematuhi peraturan pentadbiran pertukaran asing semasa.
Sebelum 1 April 2004, pemastautin hanya boleh menjual hadapan dana mata wang asing yang sedia ada dalam akaun mata wang asing tempatan untuk mendapatkan mata wang asing yang lain.
|
| (c) |
Pemastautin yang mempunyai pinjaman mata wang asing yang dibenarkan boleh mengikat kontrak swap kadar faedah dengan bank berlesen tempatan, bank saudagar yang diluluskan dan bank berlesen luar pesisir di Labuan tertakluk bahawa urus niaga tersebut disokong oleh komitmen yang sah. |
| (d) |
MDB dan MNC yang menerbitkan bon mata wang ringgit boleh dibenarkan, berdasarkan merit setiap kes, mengikat kontrak hadapan mata wang asing dengan bank berlesen tempatan untuk lindung nilai risiko mata wang mereka. |
| (e) |
Pelabur bukan pemastautin yang melabur dalam bon mata wang ringgit yang diterbitkan oleh MDB dan MNC juga boleh mengikat kontrak hadapan mata wang asing untuk lindung nilai risiko mata wang mereka berikutan pelaburan dalam bon mata wang ringgit tersebut. |
|