Makluman Terperinci bagi Rizab Antarabangsa pada akhir bulan Mei 2001: Nota Penerangan

29 Jun 2001 Siaran Akhbar

Tujuan penyediaan butiran terperinci rizab antarabangsa ialah untuk memberi maklumat dahuluan bukan sahaja dari segi saiz rizab, tetapi juga berkenaan jenis dan kebolehgunaan rizab, serta aliran keluar masuk pertukaran asing pada masa hadapan yang terjadual dalam tempoh 12 bulan akan datang bagi Kerajaan Persekutuan and Bank Negara Malaysia.

2. Butiran terperinci rizab antarabangsa adalah mengikuti format baru SDDS seperti di Jadual I, II dan III. Seperti yang ditunjukkan dalam Jadual I, jumlah rizab pada akhir bulan Mei 2001 adalah sebanyak AS$25,935.97 juta, iaitu termasuk aset rizab rasmi yang berjumlah AS$24,888.37 juta dan lain-lain aset mata wang asing sebanyak AS$1,047.60 juta.

3. Unjuran bagi aliran masuk jangka pendek (tetap) bersih aset mata wang asing bagi tempoh 12 bulan akan datang adalah seperti di Jadual II. Pada akhir bulan Mei 2001, adalah dijangkakan bahawa dalam tempoh 12 bulan yang akan datang, akan terdapat aliran masuk sebanyak AS$545 juta. Unjuran-unjuran ini tidak termasuk aliran masuk daripada punca lain seperti perdagangan atau aliran portfolio. Urus niaga hadapan terkumpul yang dilakukan adalah kecil.

4. Seperti yang ditunjukkan dalam Jadual III, satu-satunya kontinjen pengeluaran bersih jangka pendek dalam aset mata wang asing adalah jaminan Kerajaan bagi hutang luar negeri yang matang dalam tempoh satu tahun, yang berjumlah AS$228 juta. Malaysia tidak mempunyai sebarang pinjaman yang bersertakan opsyen, kemudahan kredit yang tak bersyarat dan belum dipakai yang diberi oleh atau kepada bank-bank pusat yang lain, institusi antarabangsa, bank-bank dan lain-lain institusi kewangan. Bank Negara Malaysia juga tidak terlibat dalam urus niaga opsyen dalam mata wang asing berbanding ringgit.

5. Secara keseluruhannya, butiran terperinci rizab antarabangsa mengikut format baru SDDS IMF menunjukkan bahawa rizab Malaysia pada akhir bulan Mei 2001 kekal boleh diguna dan tidak membebankan. Unjuran bagi pengeluaran hadapan jangka pendek (tetap) bersih ialah terdapatnya aliran masuk bersih mata wang asing dalam 12 bulan akan datang. Kontinjen pengeluaran bersih jangka pendek Malaysia dalam rizab antarabangsa adalah kecil.

 

Table I: Official reserves assets and other foreign currency assets
Table II: Predetermined short-term net drains on foreign currency assets
Table III: Contingent short-term net drains on foreign currency assets
Table IV: Memo Items


Bank Negara Malaysia
29 Jun 2001

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?