Makluman Terperinci bagi Rizab Antarabangsa pada akhir bulan Ogos 2001: Nota Penerangan

Embargo: Untuk siaran segera
28 Sep 2001 Siaran Akhbar

Sejajar dengan format SDDS Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), butiran terperinci rizab antarabangsa adalah bertujuan untuk memberi maklumat dahuluan dari segi saiz rizab, jenis dan kebolehgunaan rizab, serta aliran keluar masuk pertukaran asing pada masa hadapan yang terjadual dalam tempoh 12 bulan akan datang bagi Kerajaan Persekutuan and Bank Negara Malaysia.

Butiran terperinci rizab antarabangsa berdasarkan kepada format baru SDDS adalah seperti di Jadual I, II dan III. Seperti yang ditunjukkan dalam Jadual I, jumlah rizab pada akhir bulan Ogos 2001 adalah sebanyak AS$27,704.32 juta, iaitu termasuk aset rizab rasmi yang berjumlah AS$26,701.72 juta dan lain-lain aset mata wang asing sebanyak AS$1,002.60 juta. Seperti yang ditunjukkan dalam Jadual II, unjuran pengeluaran hadapan jangka pendek (tetap) bersih aset mata wang asing bagi tempoh 12 bulan akan datang adalah kecil. Unjuran-unjuran ini tidak termasuk aliran masuk daripada punca lain seperti perdagangan, pelaburan langsung asing atau aliran portfolio. Seperti yang ditunjukkan dalam Jadual III, satu-satunya kontinjen pengeluaran bersih jangka pendek dalam aset mata wang asing adalah jaminan Kerajaan bagi hutang luar negeri yang matang dalam tempoh satu tahun, yang berjumlah AS$228 juta. Malaysia tidak mempunyai sebarang pinjaman yang bersertakan opsyen, kemudahan kredit yang tak bersyarat dan belum dipakai yang diberi oleh atau kepada bank-bank pusat yang lain, institusi antarabangsa, bank-bank dan lain-lain institusi kewangan. Bank Negara Malaysia juga tidak terlibat dalam urus niaga opsyen dalam mata wang asing berbanding ringgit.

Secara keseluruhannya, butiran terperinci rizab antarabangsa mengikut format baru SDDS IMF menunjukkan bahawa rizab Malaysia pada akhir bulan Ogos 2001 kekal boleh diguna dan tidak membebankan. Kontinjen pengeluaran bersih jangka pendek Malaysia dalam rizab antarabangsa adalah kecil.

Table I: Official reserves assets and other foreign currency assets
Table II: Predetermined short-term net drains on foreign currency assets
Table III: Contingent short-term net drains on foreign currency assets
Table IV: Memo Items

 


Bank Negara Malaysia
28 September 2001

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?