Memahami Akaun Pelaburan: Produk Baharu Perbankan Islam

17 Mei 2016 Notis Umum

Akaun Pelaburan ialah satu produk baharu perbankan yang ditawarkan oleh institusi perbankan Islam. Melalui produk ini, pelanggan boleh membuat pelaburan dan berkongsi keuntungan daripada aktiviti pelaburan patuh Syariah. Akaun pelaburan menawarkan pelbagai pilihan kepada cita rasa pelabur dari segi tahap risiko dan potensi keuntungan yang bakal dijana melalui aset pelaburan tersebut. Pelabur boleh memilih untuk melabur dana dalam akaun pelaburan berdasarkan kesanggupan mereka mengambil risiko.

Bagi memahami tentang akaun pelaburan, sila muat turun dokumen berikut:

  1. Risalah Akaun Pelaburan [English] [Bahasa Melayu] [Mandarin] [Tamil]
  2. Brosur mengenai Soalan Lazim Akaun Pelaburan[PDF, 592KB]

Dalam usaha mengaplikasikan revolusi teknologi kewangan (fintech), enam institusi perbankan Islam telah bekerjasama bagi memperkenalkan Platform Akaun Pelaburan (“Investment Account Platform” atau IAP) pada bulan Februari 2016. IAP merupakan platform pengantaraan teknologi kewangan pertama oleh institusi perbankan. Platform ini menggabungkan kepakaran institusi perbankan Islam dan kecekapan teknologi bagi menyalurkan dana pelabur kepada projek usahasama ekonomi yang berdaya maju. Antaranya termasuk projek yang dikelolakan oleh perusahaan kecil dan sederhana (SME) di samping pelbagai bidang inovasi dan bidang pertumbuhan baharu yang lain.

Sila layari laman sesawang IAP di https://www.iaplatform.com/ bagi mendapatkan maklumat lanjut.


Bank Negara Malaysia
17 Mei 2016

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?