Memorandum Persefahaman antara Bank Negara Malaysia dan Export Credit Bank of Turkey
Pada 16 Oktober 2003, Bank Negara Malaysia telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman dengan Export Credit Bank of Turkey bagi menggalakkan kerjasama dalam bidang pembiayaan perdagangan dan aliran pelaburan dua hala, termasuk kerjasama dalam aspek bantuan teknikal dan pengukuhan kapasiti dalam bidang perbankan.
Bank Negara Malaysia telah berbincang dengan Bank Pusat Turki dan Export Credit Bank of Turkey untuk merangka peraturan kewangan yang bersesuaian bagi meningkatkan lagi perdagangan di antara kedua-dua buah negara. Ianya turut melibatkan pewujudan peraturan pembayaran yang bersesuaian bagi mengeratkan hubungan perbankan koresponden.
Adalah dijangkakan bahawa Memorandum Persefahaman ini akan membuka jalan kepada pemeteraian peraturan pembayaran yang boleh mengukuhkan lagi kerjasama dua hala dalam pembiayaan perdagangan dan pelaburan di antara kedua-dua buah negara.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.