Memorandum Persefahaman antara Bank Negara Malaysia dan State Bank of Pakistan
Pada 21 November 2003, Bank Negara Malaysia telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman dengan State Bank of Pakistan bagi memupuk kerjasama dalam membiayai perdagangan dan aliran pelaburan dua hala, termasuk kerjasama dalam bidang latihan teknikal dan pengukuhan kapasiti dalam sektor kewangan.
Memorandum Persefahaman ini akan mengeratkan kerjasama dalam urusan kewangan. Ia juga melambangkan komitmen yang berterusan untuk bekerjasama dalam merangka mekanisma pembiayaan alternatif yang akan membantu meningkatkan nilai dagangan di antara Malaysia dan Pakistan, termasuk kaedah untuk melaksanakan peraturan pembayaran perdagangan menggunakan emas.
Memorandum Persefahaman ini juga akan membuka jalan ke arah mengukuhkan lagi kerjasama dua hala di antara kedua-dua buah negara dalam bidang lain yang berkaitan dengan peraturan pembayaran, pembiayaan perdagangan dan pelaburan.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.