Memorandum Persefahaman antara Bank Negara Malaysia dengan Agensi Remote Sensing Malaysia Mengenai Pembangunan Analisis Geospatial
Bank Negara Malaysia dan Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM), sebuah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) untuk merangka kerjasama dalam pembangunan analisis geospatial. Inisiatif ini dijangka dapat meningkatkan pengenalan dan pemantauan pusat akses kewangan di Malaysia melalui teknologi geospatial dan pengimejan satelit. Ini seterusnya akan membolehkan institusi kewangan meningkatkan lagi perkhidmatan kewangan kepada orang ramai. Di samping itu, aplikasi disokong GPS akan disediakan bagi memudahkan orang ramai mengetahui pusat akses kewangan untuk keperluan kewangan mereka.
MoU yang ditandatangani oleh Encik Abdul Rasheed Ghaffour, Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia dan Encik Azlikamil Napiah, Ketua Pengarah ARSM, mencerminkan kerjasama antara agensi yang semakin padu dalam usaha Bank memajukan rangkuman kewangan menerusi teknologi dan inovasi.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.