Memorandum Persefahaman antara Bank Negara Malaysia dengan Central Bank of the Republic of Turkey

17 Mei 2012 Siaran Akhbar

Satu Memorandum Persefahaman (MoU) telah ditandatangani antara Bank Negara Malaysia dengan Central Bank of the Republic of Turkey pada 16 Mei 2012 di Istanbul, Turki oleh Dr. Zeti Akhtar Aziz, Gabenor Bank Negara Malaysia dan Dr. Erdem Basçi, Gabenor Central Bank of the Republic of Turkey.

Matlamat MoU ini adalah untuk menjalin kerjasama strategik antara Malaysia dengan Republik Turki ke arah menggalakkan pelaburan dua hala dan pengaturan mudah tunai bagi menyokong pembangunan sektor perkhidmatan kewangan di kedua-dua negara dan meningkatkan hubungan ekonomi dan kewangan antara kedua-dua negara melalui perdagangan dan pelaburan dua hala. Ini termasuk mewujudkan infrastruktur kewangan, serta pengaturan pembayaran dan penyelesaian yang diperlukan bagi memudahkan perdagangan dua hala dalam mata wang negara masing-masing.

Pelaksanaan MoU ini akan merintis jalan ke arah kerjasama yang lebih erat dalam meningkatkan kesalinghubungan antara Malaysia dengan Republik Turki.
 

Gabenor Bank Negara Malaysia, Dr. Zeti Akhtar Aziz dan
Gabenor Central Bank of the Republic of Turkey,
Dr. Erdem Başçı di majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU)
pada 16 Mei 2012 di Istanbul, Turki.

 

 


Bank Negara Malaysia
17 Mei 2012

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?