MoU antara Bank Negara Malaysia dengan China Banking Regulatory Commission
Susulan Pelan Tindakan Bersama mengenai Kerjasama Strategik Malaysia - China antara Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Republik Rakyat China yang telah ditandatangani pada 3 Jun 2009, China Banking Regulatory Commission dan Bank Negara Malaysia telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) pada hari ini bagi menjalin kerjasama yang lebih erat antara kedua-dua pihak berkuasa pengawalseliaan dalam penyeliaan perbankan, termasuk perkongsian maklumat dan dalam menggalakkan integrasi kewangan serantau. MoU ini telah ditandatangani oleh Encik Liu Mingkang, Pengerusi China Banking Regulatory Commission dan Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz, Gabenor Bank Negara Malaysia. MoU ini menandakan pengukuhan hubungan kerjasama antara Kerajaan Republik Rakyat China dengan Kerajaan Malaysia dan merupakan peristiwa penting dalam mempererat kerjasama pengawalseliaan serta hubungan ekonomi dan kewangan antara Republik Rakyat China dengan Malaysia.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.