Notis Rayuan Berhubung dengan Kes Genneva Sdn. Bhd. Akan Difailkan

Embargo: Untuk siaran segera
16 Mei 2013 Siaran Akhbar

Syarikat Genneva Sdn. Bhd. telah dikenakan pertuduhan pada bulan Oktober 2010. Syarikat ini telah disiasat susulan terdapatnya aduan daripada orang ramai. Syarikat ini ialah entiti berasingan daripada Genneva Malaysia Sdn. Bhd. (Genneva Malaysia), yang disiasat secara bersama oleh Bank Negara Malaysia dan agensi berkaitan lain. Siasatan terhadap Genneva Malaysia kini telah selesai dan laporannya akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara (Attorney General's Chambers, AGC).

AGC dan Bank Negara Malaysia tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Sesyen untuk membebaskan Genneva Sdn. Bhd. dan pengarah-pengarahnya daripada pertuduhan pada hari ini. AGC telah bersetuju supaya Bank Negara Malaysia memfailkan notis rayuan pada hari esok.

Bank Negara Malaysia juga akan memohon supaya aset syarikat terus disita di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 sementara menantikan keputusan rayuan.


Bank Negara Malaysia
16 Mei 2013

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?