Panduan Pengguna: Lima Sorotan Utama Akta Sewa Beli (Pindaan) 2026
Bank Negara Malaysia mengalu-alukan pengumuman oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang mengesahkan bahawa Akta Sewa Beli (Pindaan) 2026 akan berkuat kuasa pada 1 Jun 2026, dengan tempoh peralihan yang disediakan sehingga 31 Mac 2027 untuk bank menambah baik sistem, proses dan infrastruktur mereka. Pembaharuan ini mewakili langkah penting ke arah memperkukuh perlindungan pengguna, meningkatkan ketelusan dalam pembiayaan sewa beli dan fleksibiliti yang lebih besar melalui pilihan dokumentasi digital.
Untuk maklumat lanjut tentang perubahan utama yang diperkenalkan di bawah Akta ini, sila rujuk Panduan Pengguna: Lima Sorotan Utama Akta Sewa Beli (Pindaan) 2026.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.