Panggilan Maklum Balas: Taksonomi Malaysia bagi Kewangan Mampan
Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (Securities Commission Malaysia, SC) sedang bekerjasama untuk membangunkan Taksonomi Malaysia bagi Kewangan Mampan (Taksonomi Malaysia atau Malaysia Taxonomy for Sustainable Finance). Dokumen ini merupakan susulan kepada usaha terdahulu untuk membangunkan rangka kerja taksonomi berasaskan prinsip, iaitu Perubahan Iklim dan Taksonomi Berasaskan Prinsip (Climate Change and Principle-based Taxonomy, CCPT) serta Taksonomi Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab (Sustainable and Responsible Investments Taxonomy, SRI Taxonomy) yang berasaskan prinsip.
Sejak tahun 2021, landskap kewangan mampan Malaysia terus berkembang dengan sokongan dasar yang lebih jelas serta tahap kesediaan institusi yang lebih kukuh. Seiring dengan kemajuan ini, permintaan untuk kriteria saringan yang lebih terperinci dan berdasarkan sains daripada peserta pasaran semakin meningkat. Tambahan pula, penjajaran dengan taksonomi kewangan mampan lain adalah penting bagi memastikan saling kendali (interoperability), mengurangkan beban pematuhan dan menggalakkan aliran modal rentas sempadan. Taksonomi Malaysia yang dicadangkan bertujuan untuk mencerminkan semua perkembangan, di samping melindungi daripada amalan penyebaran maklumat palsu atau mengelirukan berkaitan iklim dan alam sekitar (greenwashing).
Panggilan maklum balas ini mengalu-alukan pandangan berhubung dengan cadangan struktur dan reka bentuk Taksonomi Malaysia. Institusi kewangan, pengurus aset, agensi kerajaan, persatuan industri serta pihak berkepentingan lain yang berkaitan amat digalakkan untuk menyumbang kepada perbincangan ini.
Maklum balas hendaklah dikemukakan secara elektronik menggunakan templat yang ditetapkan dengan menghantar e-mel kepada [email protected] dan [email protected] selewat-lewatnya pada 14 April 2026.
Dokumen di laman sesawang JC3:
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.