Pelaksanaan Multilateralisasi Inisiatif Chiang Mai Berkuat Kuasa pada 24 Mac 2010
Menteri-menteri Kewangan dan Gabenor-gabenor Bank Pusat Anggota Negara ASEAN, China, Jepun dan Korea (ASEAN+3) serta Monetary Authority of Hong Kong, China ingin mengumumkan bahawa Multilateralisasi Inisiatif Chiang Mai (Chiang Mai Initiative Multilateralisation, CMIM) mula berkuat kuasa pada 24 Mac 2010.
Jumlah nilai CMIM adalah sebanyak USD120,000,000,000 (seratus dua puluh billion dolar Amerika Syarikat). Dengan matlamat terasnya adalah (i) untuk menangani masalah imbangan pembayaran dan mudah tunai jangka pendek di rantau ini, dan (ii) sebagai tambahan kepada pengaturan kewangan antarabangsa yang sedia ada, CMIM akan menyediakan sokongan kewangan melalui urus niaga swap mata wang kepada anggota CMIM yang memerlukan bantuan mudah tunai. Setiap anggota CMIM layak, menurut prosedur dan syarat yang dinyatakan dalam Perjanjian, untuk menjalankan urus niaga swap dalam mata wang tempatan anggota CMIM tersebut dengan dolar Amerika Syarikat sehingga jumlah sumbangan negara berkenaan didarab dengan pengganda pembelian masing-masing (Lampiran).
CMIM, iaitu perjanjian swap mata wang pelbagai hala yang merangkumi semua negara anggota ASEAN+3, dirumuskan berdasarkan rangkaian swap dua hala CMI yang sedia ada bagi mempermudah urus niaga swap mata wang segera dan serentak melalui mekanisme pembuatan keputusan yang sama di bawah satu perjanjian.
Kejayaan pelancaran CMIM, bersama-sama dengan unit pemantauan bebas serantau yang akan ditubuhkan, menunjukkan komitmen yang jitu dan usaha bersepadu negara anggota ASEAN+3 bagi mempertingkat keupayaan serantau untuk berlindung daripada risiko serta cabaran ekonomi global.
Kementerian Kewangan Malaysia dan Bank Negara Malaysia
24 Mac 2010
Lampiran
SUMBANGAN CMIM DAN PENGGANDA PEMBELIAN
|
|
Sumbangan kewangan |
Pengganda pembelian |
|||
|---|---|---|---|---|---|
|
USD (bilion) |
(%) |
|
|||
|
China |
38.40 |
China |
32.00 |
28.50 |
0.5 |
|
Hong Kong, China |
3.50 |
2.5 |
|||
|
Jepun |
38.40 |
32.00 |
0.5 |
||
|
Korea |
19.20 |
16.00 |
1 |
||
|
Plus 3 |
96.00 |
80.00 |
- |
||
|
Indonesia |
4.77 |
3.97 |
2.5 |
||
|
Thailand |
4.77 |
3.97 |
2.5 |
||
|
Malaysia |
4.77 |
3.97 |
2.5 |
||
|
Singapura |
4.77 |
3.97 |
2.5 |
||
|
Filipina |
3.68 |
3.07 |
2.5 |
||
|
Vietnam |
1.00 |
0.83 |
5 |
||
|
Kemboja |
0.12 |
0.10 |
5 |
||
|
Myanmar |
0.06 |
0.05 |
5 |
||
|
Brunei Darussalam |
0.03 |
0.02 |
5 |
||
|
Lao PDR |
0.03 |
0.02 |
5 |
||
|
ASEAN |
24.00 |
20.00 |
- |
||
|
Jumlah |
120.00 |
100.00 |
- |
||
| * Pembelian Hong Kong, China terhad kepada bahagian yang tidak berkaitan dengan IMF kerana Hong Kong, China bukan anggota IMF | |||||
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.