Pelaksanaan Multilateralisasi Inisiatif Chiang Mai

Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 1400 pada Isnin, 28 Disember 2009
28 Dis 2009 Siaran Akhbar

Menteri-menteri Kewangan dan Gabenor-gabenor Bank Pusat Anggota Negara ASEAN, China, Jepun dan Korea (ASEAN+3) dan Monetary Authority of Hong Kong, China ingin mengumumkan penandatanganan perjanjian Multilateralisasi Inisiatif Chiang Mai (Chiang Mai Initiative Multilateralization, CMIM) berikutan persetujuan yang dicapai berhubung dengan semua komponen utama CMIM pada Mesyuarat Menteri-menteri Kewangan ASEAN+3 (AFMM+3) pada bulan Mei 2009 di Bali, Indonesia.

Pelaksanaan CMIM akan memperkukuh keupayaan rantau ini untuk berlindung daripada risiko dan cabaran ekonomi global yang makin meningkat. Matlamat teras CMIM adalah (i) untuk menangani masalah imbangan pembayaran dan mudah tunai jangka pendek di rantau ini dan (ii) sebagai tambahan kepada pengaturan kewangan antarabangsa yang sedia ada.

Dengan nilai berjumlah USD120,000,000,000 (seratus dua puluh billion), CMIM akan menyediakan sokongan kewangan melalui urus niaga swap mata wang kepada peserta CMIM yang menghadapi masalah imbangan pembayaran dan mudah tunai jangka pendek. Setiap peserta CMIM layak, menurut prosedur dan syarat yang dinyatakan dalam Perjanjian, untuk menjalankan urus niaga swap mata wang negara tersebut dengan dolar Amerika Syarikat sehingga jumlah maksimum berdasarkan sumbangan setiap peserta yang didarab dengan penggandaan pembelian masing-masing (Lampiran 1). 

 

Ministry of Finance Malaysia and Bank Negara Malaysia
28 December 2009

 


Lampiran 1 :SUMBANGAN CMIM DAN PENGGANDAAN PEMBELIAN

 

Sumbangan kewangan

Penggandaan pembelian

USD (billion)

(%)

 

 China

38.40

(Tidak termasuk  Hong  Kong, China)
34.20

 32.00

28.50

0.5

Hong Kong, China
4.20

3.50

2.5

Japan

38.40

32.00

0.5

Korea

19.20

16.00

1

Plus 3

96.00

80.00

-

Indonesia

4.77

3.97

2.5

Thailand

4.77

3.97

2.5

Malaysia

4.77

3.97

2.5

Singapore

4.77

3.97

2.5

Philippines

3.68

3.07

2.5

Vietnam

 1.00

 0.83

 5

Cambodia

0.12

0.10

5

Myanmar

0.06

0.05

5

Brunei

0.03

0.02

5

Lao PDR

0.03

0.02

5

ASEAN

24.00

20.00

-

 Total

 120.00

 100.00

 -

* Peminjaman Hong Kong, China terhad kepada bahagian tidak berkait dengan IMF kerana Hong Kong, China bukan anggota IMF


Bank Negara Malaysia
28 Disember 2009

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?