Pelantikan Ahli-Ahli Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia

Embargo: Untuk siaran segera
08 Nov 2013 Siaran Akhbar

Bank Negara Malaysia ingin mengumumkan pelantikan ahli-ahli baharu Majlis Penasihat Syariah (MPS) untuk tempoh tiga tahun, berkuat kuasa 1 November 2013.  Berdasarkan peruntukan seksyen [53], Akta Bank Negara Malaysia 2009, pelantikan ahli-ahli baharu MPS ini telah mendapat perkenan DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Ahli-ahli yang dilantik bagi tempoh 2013/2016 adalah seperti yang berikut:

  1. Tun Abdul Hamid Mohamad - Mantan Ketua Hakim Negara;
  2. Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman - Penasihat Undang-undang Syariah, Jabatan Peguam Negara;
  3. Dato’ Seri Haji Hassan Haji Ahmad - Mufti Pulau Pinang;
  4. Dr. Mohd Daud Bakar - Ketua Pegawai Eksekutif, Amanie Advisors;
  5. Prof. Dr. Engku Rabiah Adawiah Engku Ali - Profesor, Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM);
  6. Prof. Dr. Ashraf Md. Hashim - Ketua Pengarah Eksekutif, ISRA Consultancy Department (I-Con), Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa bagi Kewangan Islam (ISRA);
  7. Prof. Madya Dr. Mohamad Akram Laldin - Pengarah Eksekutif, Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa bagi Kewangan Islam (ISRA);
  8. Prof. Madya Dr. Rusni Hassan - Profesor Madya, Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM);
  9. Prof. Madya Dr. Asmadi Mohamed Naim - Dekan, Fakulti Perniagaan Islam, Universiti Utara Malaysia (UUM);
  10. Dr. Shamsiah Mohamad - Penyelidik Kanan, Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa bagi Kewangan Islam (ISRA); dan
  11. En. Burhanuddin Lukman - Pensyarah, Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

MPS sebagai badan berautoriti tertinggi dalam penentuan perkara-perkara Syariah berhubung dengan kewangan Islam, memainkan peranan penting dalam memastikan kemurnian resolusi Syariah yang menjadi sumber rujukan institusi kewangan Islam serta mahkamah dan penimbang tara. MPS dianggotai oleh individu-individu yang berkelayakan dan terkemuka dalam kalangan ulama Syariah, ahli undang-undang dan pengamal pasaran serta berpengalaman luas dalam bidang perbankan, kewangan, ekonomi, undang-undang, dan aplikasi Syariah, khususnya dalam bidang ekonomi dan kewangan Islam.


Bank Negara Malaysia
08 November 2013

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?