Pelantikan Ahli-Ahli Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia
Bank Negara Malaysia ingin mengumumkan pelantikan ahli-ahli baharu Majlis Penasihat Syariah (MPS) untuk tempoh tiga tahun, berkuat kuasa 1 November 2010. Berdasarkan peruntukan seksyen 53, Akta Bank Negara Malaysia 2009, pelantikan ahli-ahli baharu MPS ini telah mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Ahli-ahli yang dilantik bagi tempoh baharu 2010/2013 adalah seperti yang berikut:
- Tun Abdul Hamid Mohamad - Mantan Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan Malaysia;
- Tan Sri Datuk Sheikh Ghazali Abdul Rahman - Penasihat Undang-undang Syariah, Jabatan Peguam Negara;
- Dato’ Haji Hassan Haji Ahmad - Mufti Pulau Pinang;
- Dato’ Dr. Abdul Halim Ismail - Pengarah Eksekutif, BIMB Securities Sdn. Bhd.;
- Dr. Mohd Daud Bakar - Ketua Pegawai Eksekutif, Amanie Business Solutions Sdn. Bhd.;
- Prof. Madya Dr. Engku Rabiah Adawiah Engku Ali - Profesor Madya, Kuliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia;
- Prof. Madya Dr. Mohamad Akram Laldin - Pengarah Eksekutif, Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa bagi Kewangan Islam;
- Prof. Madya Dr. Ashraf Hashim - Penyelidik Kanan, Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa bagi Kewangan Islam;
- Dr. M. Anwar Ibrahim - Naib Pengerusi, Dewan Syariah Nasional, Majelis Ulama Indonesia;
- Dr. Aznan Hassan - Pembantu Profesor, Jabatan Undang-undang Islam, Kuliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia; dan
- Dr. Rusni Hassan - Pensyarah, Jabatan Undang-undang Islam, Kuliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
MPS sebagai badan berautoriti tertinggi dalam penentuan perkara-perkara Syariah dalam kewangan Islam, memainkan peranan penting dalam memastikan kemurnian resolusi Syariah yang menjadi sumber rujukan institusi kewangan Islam serta mahkamah dan penimbang tara. MPS dianggotai oleh individu-individu yang berkelayakan dan terkemuka dalam kalangan ulama Syariah, ahli undang-undang dan pengamal pasaran, serta mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang perbankan, kewangan, ekonomi, undang-undang, dan aplikasi Syariah, khususnya dalam bidang ekonomi dan kewangan Islam.
Pautan berkaitan:
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.