Pelantikan Ahli-Ahli Majlis Penasihat Syariah Untuk Perbankan Islam dan Takaful

Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 1715 pada Selasa, 2 November 2004
02 Nov 2004 Siaran Akhbar

Bank Negara Malaysia hari ini mengumumkan pelantikan sepuluh (10) ahli Majlis Penasihat Syariah Untuk Perbankan Islam dan Takaful. Pelantikan ini berkuatkuasa mulai 1 November 2004 untuk tempoh dua (2) tahun dibuat menurut Seksyen 16B, Akta Bank Negara Malaysia 1958. Ahli-ahli Majlis yang dilantik adalah seperti berikut :-

  1. Datuk Sheikh Ghazali Abdul Rahman – Ketua Pengarah, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia;
  2. Datuk Haji Md. Hashim Haji Yahaya – Fellow Akademik, Universiti Islam Antarabangsa;
  3. Datuk Dr. Abdul Monir Yaacob – Ketua Pengarah, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM);
  4. Dato’ Haji Hassan Haji Ahmad – Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang;
  5. Dato’ Dr. Abdul Halim Ismail – Pengarah Eksekutif, BIMB Securities Sdn. Bhd.;
  6. Dato’ Abdul Hamid Haji Mohamad – Hakim, Mahkamah Persekutuan Malaysia;
  7. Prof. Madya Dr. Mohd Daud Bakar – Timbalan Rektor, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia;
  8. Prof. Madya Dr. Abdul Halim Muhammad – Pensyarah, Universiti Kebangsaan Malaysia;
  9. Dr. Mohd Ali Hj. Baharum – Timbalan Yang DiPertua, Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad ( ANGKASA); dan
  10. Dr. Mohd Parid Sheikh Ahmad – Pensyarah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Majlis ini berfungsi sebagai badan kuasa dalam menentukan kesahihan urus niaga perbankan dan kewangan Islam serta takaful yang dijalankan oleh institusi-institusi kewangan Islam di bawah pengawalseliaan Bank Negara Malaysia.

 


Bank Negara Malaysia
02 November 2004

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?