Pelantikan Ahli Majlis Penasihat Shariah Bank Negara Malaysia

30 Jan 2026 Siaran Akhbar

Bank Negara Malaysia (BNM) ingin mengumumkan pelantikan baharu Dato’ Zabariah Mohd Yusof sebagai ahli baharu Majlis Penasihat Shariah (MPS) BNM untuk tempoh dua tahun, berkuat kuasa 1 Februari 2026. Pelantikan ini dibuat menurut seksyen 53(1) Akta Bank Negara Malaysia 2009.

Dengan pelantikan baharu ini, MPS akan dibarisi oleh sembilan ahli yang mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam bidang Syariah, kewangan Islam, perakaunan, audit dan undang-undang. Ahli-ahli MPS ialah:

  1. Dato’ Prof. Dr. Ashraf Md Hashim (Pengerusi)
    Profesor, Universiti INCEIF
     
  2. Prof. Dr. Engku Rabiah Adawiah Engku Ali (Timbalan Pengerusi)
    Profesor Kehormat, Institut Perbankan dan Kewangan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
     
  3. Encik Burhanuddin Lukman (Ahli)
    Perunding Syariah Bebas
     
  4. Sahibus Samahah Dato' Setia Dr. Haji Anhar Haji Opir (Ahli)
    Mufti Selangor
     
  5. Dr. Marjan Muhammad (Ahli)
    Timbalan Presiden Penyelidikan, Institut ISRA, Universiti INCEIF
     
  6. Dr. Ahmad Basri Ibrahim (Ahli)
    Ketua, Pengurusan Syariah, Permodalan Nasional Berhad
     
  7. Prof. Dr. Amir Shaharuddin (Ahli)
    Pengarah, Pusat Kecemerlangan Kewangan Sosial Islam, Universiti INCEIF
     
  8. Dr. Abdul Rahim Abdul Rahman (Ahli)
    Ahli, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)
     
  9. Dato’ Zabariah Mohd Yusof (Ahli Baharu)
    Mantan Hakim, Mahkamah Persekutuan

MPS merupakan badan berautoriti tertinggi bagi menentukan hukum syarak berhubung dengan perniagaan kewangan Islam di Malaysia. MPS memainkan peranan utama untuk menggalakkan kepastian pada Syariah serta mengekalkan keyakinan orang ramai terhadap industri kewangan Islam. MPS juga berfungsi sebagai penasihat kepada BNM mengenai sebarang isu Syariah yang berkaitan dengan aktiviti atau transaksi kewangan Islam yang dijalankan oleh BNM. Keputusan Syariah yang dibuat oleh MPS menjadi sumber rujukan institusi kewangan Islam bagi memastikan operasi perniagaan mereka mematuhi prinsip Syariah. Selain itu, keputusan MPS juga boleh digunakan sebagai rujukan mahkamah dan penimbang tara.


Bank Negara Malaysia
30 Januari 2026

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?