Pelantikan Ahli Majlis Penasihat Shariah BNM

29 Apr 2025 Siaran Akhbar

Bank Negara Malaysia (BNM) ingin mengumumkan pelantikan baharu Prof. Dr. Amir Shaharuddin dan Prof. Dr. Abdul Rahim Abdul Rahman sebagai ahli baharu Majlis Penasihat Shariah (MPS) BNM. Pelantikan ini dibuat menurut seksyen 53(1) Akta Bank Negara Malaysia 2009.

Dengan pelantikan baharu ini, MPS akan dibarisi oleh sembilan orang ahli yang berkepakaran dan berpengalaman dalam bidang Syariah, kewangan Islam perakaunan dan undang-undang. Ahli-ahli MPS ialah:

  1. Dato’ Prof. Dr. Ashraf Md Hashim (Pengerusi)
    Profesor, Universiti INCEIF
     
  2. Prof. Dr. Engku Rabiah Adawiah Engku Ali (Timbalan Pengerusi)
    Profesor Kehormat, Institut Perbankan dan Kewangan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
     
  3. Datuk Prof. Dr. Mohamad Akram Laldin (Ahli)
    Profesor, Universiti INCEIF
     
  4. Encik Burhanuddin Lukman (Ahli)
    Ahli Jawatankuasa Penasihat Haji, Lembaga Tabung Haji
     
  5. Sahibus Samahah Dato' Setia Prof. Madya Dr. Haji Anhar Haji Opir (Ahli)
    Mufti Selangor
     
  6. Dr. Marjan Muhammad (Ahli)
    Timbalan Presiden Penyelidikan, Universiti INCEIF
     
  7. Dr. Ahmad Basri Ibrahim (Ahli)
    Ketua Pengurusan Syariah, Permodalan Nasional Berhad
     
  8. Prof. Dr. Amir Shaharuddin (Ahli baharu)
    Pengarah, Pusat Kecemerlangan Kewangan Sosial Islam, Universiti INCEIF
    Dilantik dari 1 Mei 2025 hingga 30 April 2027
     
  9. Prof. Dr. Abdul Rahim Abdul Rahman (Ahli baharu)
    Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)
    Dilantik dari 1 Mei 2025 hingga 30 April 2027

MPS merupakan badan berautoriti tertinggi bagi menentukan hukum syarak berhubung dengan perniagaan kewangan, aktiviti atau transaksi secara Islam di Malaysia. Keputusan Syariah yang dibuat oleh MPS menjadi sumber rujukan institusi kewangan Islam bagi memastikan operasi perniagaan mereka mematuhi prinsip Syariah. Keputusan MPS juga boleh digunakan sebagai rujukan mahkamah dan penimbang tara. Oleh itu, MPS memainkan peranan yang penting untuk menggalakkan kepastian amalan Syariah serta mengekalkan keyakinan orang ramai terhadap industri kewangan Islam.

 


Bank Negara Malaysia
29 April 2025

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?