Pelantikan Encik Bakarudin bin Ishak dan Dr. Sukhdave Singh sebagai Penolong Gabenor
Bank Negara Malaysia ingin mengumumkan pelantikan Encik Bakarudin bin Ishak dan Dr. Sukhdave Singh ke jawatan Penolong Gabenor berkuat kuasa 5 Mac 2009.
Encik Bakarudin bin Ishak |
Encik Bakarudin mula berkhidmat di Bank Negara Malaysia sejak tahun 1985 dan telah menyandang beberapa jawatan kanan di Bank. Beliau pernah menjadi Pengarah Jabatan Pentadbiran Pertukaran Asing dan Pengarah Jabatan Perbankan Islam dan Takaful. Pada 1 Disember 2008, beliau dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Penjelasan Elektronik Malaysia Sdn. Bhd. (MyClear). Semasa di Jabatan Perbankan Islam dan Takaful, Encik Bakarudin telah memainkan peranan penting dalam menyokong usaha Bank untuk membangunkan sektor kewangan Islam negara dan juga mempromosikan Malaysia sebagai hab kewangan Islam. |
|---|
|
Dr. Sukhdave Singh |
Dr. Sukhdave Singh memulakan kerjayanya di Bank Negara Malaysia pada tahun 1986. Beliau mempunyai PhD dalam bidang Monetari dan Ekonomi Antarabangsa daripada Universiti Vanderbilt, Amerika Syarikat. Sepanjang perkhidmatannya di Bank, Dr. Sukhdave pernah bertugas di Jabatan Ekonomi dan menerajui kajian dalam bidang dasar monetari. Pada tahun 2005, beliau dilantik sebagai Pengarah Jabatan Analisis Strategi dan Monetari. Beliau juga mempengerusikan Kumpulan Kerja Dasar Monetari di Bank sejak tahun-tahun kebelakangan ini dan berperanan penting dalam memberikan sokongan kepada Jawatankuasa Dasar Monetari Bank. Dr. Sukhdave juga pernah mewakili Bank di forum-forum makroekonomi dan dasar monetari serantau dan antarabangsa selain pernah mengetuai pasukan petugas peringkat ASEAN mengenai pertukaran asing serantau dan kerjasama berkaitan mata wang. |
|---|
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.
