Pelantikan Madelena Mohamed sebagai Penolong Gabenor
Bank Negara Malaysia (BNM) ingin mengumumkan pelantikan Puan Madelena Mohamed sebagai Penolong Gabenor, berkuat kuasa pada 1 Februari 2025. Sebagai Penolong Gabenor, Puan Madelena akan bertanggungjawab ke atas sektor baharu iaitu sektor Strategi dan Kelestarian, yang merangkumi Pejabat Gabenor, Jabatan Undang-Undang, Jabatan Komunikasi Strategik dan Unit Kelestarian.
Puan Madelena memulakan kerjaya beliau di BNM pada tahun 1993 dengan berkhidmat di Jabatan Ekonomi. Sepanjang 32 tahun, beliau telah memegang peranan kepimpinan termasuk sebagai Pengarah di beberapa jabatan iaitu Jabatan Kewangan Islam, Jabatan Pemantauan dan Pengawasan Kewangan, Jabatan Dasar Kewangan Pruden, dan yang terbaharu di Unit Kelestarian.
Puan Madelena memiliki ijazah dalam bidang Ekonomi, dengan pengkhususan dalam Perakaunan dan Kewangan dari London School of Economics and Political Science. Beliau juga merupakan pemegang sijil Chartered Financial Analyst (CFA).

Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.