Pelantikan Penolong Gabenor Baharu Bank Negara Malaysia
Bank Negara Malaysia ingin mengumumkan pelantikan Encik Adnan Zaylani Mohamad Zahid sebagai Penolong Gabenor yang baharu berkuat kuasa pada 1 Ogos 2016. Sebagai Penolong Gabenor, Encik Adnan bertanggungjawab terhadap Jabatan-jabatan Operasi Pelaburan dan Pasaran Kewangan, Pentadbiran Pertukaran Asing, Undang-undang, serta Pengurusan dan Operasi Matawang. Encik Adnan mengambil alih portfolio Penolong Gabenor Puan Norzila Abdul Aziz. Encik Adnan juga akan terus memegang jawatan Pengarah Jabatan Operasi Pelaburan dan Pasaran Kewangan.
Encik Adnan memulakan kerjayanya di Bank pada tahun 1994 dan mempunyai pengalaman bekerja selama 22 tahun dalam bidang operasi pelaburan dan pasaran kewangan. Encik Adnan memperoleh ijazah Sarjana Sains dalam Ekonomi Pasaran Global dan Sarjana Muda Sains dalam Ekonomi daripada London School of Economics and Political Science, United Kingdom.
Berkuat kuasa pada 1 Ogos 2016, Penolong Gabenor Puan Norzila Abdul Aziz kini akan bertanggungjawab terhadap jabatan-jabatan Ekonomi, Dasar Monetari, Antarabangsa, dan Perkhidmatan Statistik.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.