Pelantikan Semula Ahli Luar Jawatankuasa Dasar Monetari

28 Ogo 2026 Siaran Akhbar

Bank Negara Malaysia ingin mengumumkan pelantikan semula Datuk Yogeesvaran Kumaraguru sebagai ahli luar Jawatankuasa Dasar Monetari (Monetary Policy Committee, MPC). Tempoh pelantikan ini adalah selama tiga tahun dan berkuat kuasa mulai 1 September 2026.

Datuk Yogeesvaran Kumaraguru

Datuk Yogeesvaran Kumaraguru telah berkhidmat sebagai ahli luar MPC sejak 1 September 2024. Beliau mempunyai pengalaman selama 27 tahun di Unit Perancang Ekonomi (Economic Planning Unit, EPU) sebelum dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Perladangan dan Komoditi pada tahun 2017. Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau di EPU, Datuk Yogeesvaran terlibat dalam merangka beberapa Rancangan Malaysia dan merupakan ahli Sekretariat Majlis Tindakan Ekonomi Negara. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai pakar runding dalam hal ehwal ekonomi kepada Bank Dunia dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Kini, beliau menyumbang kepakaran dalam bidang perundangan dan ekonomi sebagai Rakan Kongsi di sebuah firma guaman, selain merupakan Felow Kanan Bukan Residen di Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (Malaysian Institute of Economic Research, MIER). Datuk Yogeesvaran memperoleh Ijazah Sarjana Ekonomi dari University of Manchester, United Kingdom, Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Malaya serta Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) dari University of London, United Kingdom.


Mengenai MPC

Menurut Akta Bank Negara Malaysia 2009 (Central Bank of Malaysia Act 2009, CBA ), MPC bertanggungjawab untuk merumuskan dasar monetari serta menetapkan dasar-dasar untuk mengendalikan operasi dasar monetari. CBAjuga memperuntukkan proses pelantikan ahli-ahli MPC.

Ahli-ahli MPC:

  1. Gabenor Dato’ Sri Abdul Rasheed Ghaffour
  2. Timbalan Gabenor Dato’ Marzunisham Omar
  3. Timbalan Gabenor Adnan Zaylani Mohamad Zahid
  4. Timbalan Gabenor Aznan Abdul Aziz
  5. Penolong Gabenor Dato’ Fraziali Ismail
  6. Penolong Gabenor Dr. Norhana Endut
  7. Penolong Gabenor Mohamad Ali Iqbal Abdul Khalid
  8. Nor Zahidi Alias (Ahli Luar)
  9. Lim Chee Sing (Ahli Luar)
  10. Datuk Yogeesvaran Kumaraguru (Ahli Luar)

Bank Negara Malaysia
28 Ogos 2026

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?