Pelantikan Semula Ahli Luar Jawatankuasa Dasar Monetari BNM
Bank Negara Malaysia ingin mengumumkan pelantikan semula Encik Nor Zahidi Alias sebagai ahli luar bagi Jawatankuasa Dasar Monetari (Monetary Policy Committee, MPC). Tempoh pelantikan semula ini adalah selama tiga tahun dan berkuat kuasa pada 1 Januari 2023.
Encik Nor Zahidi Alias merupakan ahli luar bagi MPC sejak 1 Januari 2021. Beliau ialah mantan Ketua Ekonomi di Malaysian Rating Corporation Berhad (MARC). Pada peringkat awal kerjaya, Encik Nor Zahidi berkhidmat di The New Straits Times Press (M) Berhad sebagai penganalisis kanan sebelum menyertai Kuala Lumpur City Securities sebagai ahli ekonomi. Sebelum bertugas di MARC, beliau merupakan Ketua Penyelidik dan Ketua Ekonomi di Alliance Merchant Bank serta Ketua Penyelidik di MCIS Zurich Insurance. Encik Nor Zahidi merupakan pemegang ijazah Sarjana dalam bidang Dasar Ekonomi serta Sarjana Muda Ekonomi daripada Boston University.
Mengenai MPC
Di bawah Akta Bank Negara Malaysia 2009, MPC bertanggungjawab merumuskan dasar monetari dan dasar-dasar untuk mengendalikan operasi dasar monetari. Akta Bank Negara Malaysia 2009 juga menetapkan proses pelantikan ahli.
Ahli-ahli MPC
(1) Gabenor Nor Shamsiah Mohd Yunus
(2) Timbalan Gabenor Abdul Rasheed Ghaffour
(3) Timbalan Gabenor Jessica Chew Cheng Lian
(4) Timbalan Gabenor Marzunisham Omar
(5) Penolong Gabenor Adnan Zaylani Mohamad Zahid
(6) Penolong Gabenor Dr. Norhana Endut
(7) Penolong Gabenor Fraziali Ismail
(8) Lim Chee Sing
(9) Nor Zahidi Alias
Lihat juga:
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.