Pelantikan Semula Ahli Luar Jawatankuasa Dasar Monetari

31 Dis 2025 Siaran Akhbar

Bank Negara Malaysia ingin mengumumkan pelantikan semula Encik Nor Zahidi Alias sebagai ahli luar bagi Jawatankuasa Dasar Monetari (Monetary Policy Committee, MPC). Tempoh pelantikan ini adalah selama tiga tahun dan berkuat kuasa pada 1 Januari 2026.

Mr. Nor Zahidi Alias

Encik Nor Zahidi Alias merupakan ahli luar MPC sejak 1 Januari 2021. Beliau ialah mantan Ketua Ahli Ekonomi di Malaysian Rating Corporation Berhad (MARC). Pada peringkat awal kerjaya, Encik Nor Zahidi berkhidmat di The New Straits Times Press (M) Berhad sebagai penganalisis kanan sebelum menyertai Kuala Lumpur City Securities sebagai ahli ekonomi. Sebelum bertugas di MARC, beliau merupakan Ketua Penyelidikan dan Ketua Ahli Ekonomi di Alliance Merchant Bank dan Ketua Penyelidikan di MCIS Zurich Insurance. Encik Nor Zahidi merupakan pemegang ijazah Sarjana dalam bidang Dasar Ekonomi serta Sarjana Muda dalam bidang Ekonomi daripada Boston University.

Mengenai MPC

Di bawah Akta Bank Negara Malaysia 2009 (Central Bank of Malaysia Act 2009, CBA 2009), MPC bertanggungjawab merumuskan dasar monetari serta menetapkan dasar-dasar untuk mengendalikan operasi dasar monetari. CBA 2009 juga memberikan peruntukan kepada pelantikan ahli luar MPC.

Ahli-ahli MPC:

  1. Gabenor Dato’ Seri Abdul Rasheed Ghaffour
  2. Timbalan Gabenor Dato’ Marzunisham Omar
  3. Timbalan Gabenor Adnan Zaylani Mohamad Zahid
  4. Timbalan Gabenor Aznan Abdul Aziz
  5. Penolong Gabenor Dr. Norhana Endut
  6. Penolong Gabenor Fraziali Ismail
  7. Penolong Gabenor Mohamad Ali Iqbal Abdul Khalid
  8. Nor Zahidi Alias (Ahli Luar)
  9. Lim Chee Sing (Ahli Luar)
  10. Datuk Yogeesvaran Kumaraguru (Ahli Luar)

Bank Negara Malaysia
31 Disember 2025

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?