Pelantikan Semula Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia

Embargo: Untuk siaran segera
23 Mac 2016 Siaran Akhbar

Bank Negara Malaysia ingin mengumumkan pelantikan semula Dr. Sukudhew (Sukhdave) Singh sebagai Timbalan Gabenor untuk tempoh tiga tahun lagi berkuat kuasa 16 April 2016 hingga 15 April 2019. Dr. Sukhdave mula memegang jawatan Timbalan Gabenor untuk tempoh tiga tahun setelah dilantik pada 16 April 2013. Beliau akan terus bertanggungjawab bagi Sektor Monetari dan Ekonomi serta beberapa jabatan di bawah Sektor Pembangunan Organisasi Bank.
 

 


Bank Negara Malaysia
23 Mac 2016

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?