Pelantikan Semula Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia
Embargo: Untuk siaran segera
12 Nov 2013
Siaran Akhbar
Bank Negara Malaysia ingin mengumumkan pelantikan semula Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus sebagai Timbalan Gabenor untuk tempoh tiga tahun bermula dari 16 November 2013. Datuk Nor Shamsiah telah memegang jawatan Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia sejak 16 November 2010.
Datuk Nor Shamsiah akan terus bertanggungjawab terhadap penyeliaan perbankan insurans dan Takaful, perisikan kewangan dan penguatkuasaan, pengurusan tenaga mahir, kewangan dan perkhidmatan sokongan serta Pejabat-pejabat Wilayah dan BNMLINK Bank Negara Malaysia.

Timbalan Gabenor, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.
Terima kasih atas maklum balas anda!