Peletakan Jawatan Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Berhad
Pada 18 Jun 2008, Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) telah mengeluarkan kenyataan akhbar mengenai peletakan jawatan oleh Gabenor Bank Negara Malaysia sebagai ahli Lembaga Pengarah Khazanah. Gabenor telah dilantik menjadi ahli Lembaga Pengarah Khazanah pada 10 Julai 2000. Gabenor telah menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai ahli Lembaga Pengarah Khazanah dan telah diluluskan oleh Perdana Menteri Malaysia pada 21 April 2008.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini Khazanah lebih giat melabur dalam institusi kewangan di Malaysia dan di luar negeri. Keputusan Gabenor untuk meletakkan jawatan daripada Lembaga Pengarah adalah bagi mengelakkan sebarang konflik kepentingan yang bakal timbul daripada peranan Bank Negara Malaysia sebagai pihak berkuasa pengawalan dan penyeliaan sektor kewangan.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.