Peluang Kerjaya di Bank Negara Malaysia - Temu Duga Terbuka untuk Jawatan Konstabel (Unit Khas) dan Konstabel
Bank Negara Malaysia ingin mempelawa calon yang berkelayakan untuk menghadiri sesi temu duga terbuka bagi jawatan Konstabel (Unit Khas) dan Konstabel di Jabatan Pengurusan Keselamatan Organisasi:
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
Calon mestilah mempunyai kelayakan seperti yang berikut:
- Warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 28 tahun
- Sihat tubuh badan, mempunyai penglihatan yang baik dan tiada kecacatan fizikal
- Tidak mempunyai rekod jenayah
Kelayakan minimum:
|
Konstabel (Unit Khas) |
Konstabel |
|---|---|
|
Diploma dalam bidang Elektrik / Elektronik / Mekanikal / Sains / Kejuruteraan / Teknologi Maklumat dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) sekurang-kurangnya 3.00; dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh kredit dalam lima mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, Matematik dan Bahasa Inggeris |
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh kredit dalam lima mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dan lulus Bahasa Inggeris. |
Calon mestilah mempunyai ukuran badan dan ciri fizikal seperti yang berikut:
|
Kriteria |
Lelaki |
Wanita |
|---|---|---|
|
Ketinggian Minimum |
165 cm |
163 cm |
|
Berat Badan Minimum |
50 kg |
48 kg |
|
Ukuran Dada |
Sekurang-kurangnya 81 cm (biasa) dan 86 cm (semasa menarik nafas) |
- |
|
Indeks Jisim Badan |
Antara 19 hingga 26 |
|
|
Penglihatan |
Lulus ujian bagi mata kiri dan kanan (diuji secara berasingan) dengan ketepatan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata atau kanta lekap (contact lens) dan tidak buta warna. |
|
SARAAN
- Pakej gaji yang kompetitif
- Kemudahan seperti pinjaman perumahan dan pinjaman kenderaan
- Kemudahan rawatan perubatan dan pergigian
- Perlindungan Insurans Hayat dan Kemalangan
- Peluang untuk melanjutkan pelajaran dan memajukan kerjaya
PERMOHONAN
Untuk maklumat lanjut mengenai prosedur permohonan, sila layari laman sesawang yang berikut:
TEMU DUGA TERBUKA
Calon yang berkelayakan dipelawa menghadiri sesi temu duga seperti yang berikut:
|
Kuala Lumpur |
|---|
|
Sabtu, 4 Mei 2019 |
|
8.30 pagi – 1.00 tengah hari |
|
Lanai Kijang, Bank Negara Malaysia, |
Sila bawa bersama-sama perkara yang berikut semasa menghadiri temu duga:
- Pakaian formal untuk sesi temu duga dan pakaian sukan (kemeja T-berkolar, seluar panjang trek, kasut sukan dan stoking) untuk ujian kecergasan dan fizikal
- Satu keping gambar terkini berukuran pasport
- Kad Pengenalan Malaysia (MyKad) – sila bawa dokumen asal dan salinan (depan dan belakang)
- Resume terkini
- Sijil akademik (SPM/STPM/Diploma) – sila bawa dokumen asal dan salinan
- Penyata gaji tiga bulan terkini, sekiranya berkenaan
- Kebenaran bertulis daripada majikan bagi anggota Polis Bantuan yang sedang berkhidmat
Hanya calon yang memenuhi kriteria yang dinyatakan di atas akan disenarai pendek untuk menjalani proses penilaian dan temu duga
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03 - 2692 5373 atau 03- 2698 8044 (sambungan 8279).
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.