Pemakluman Terperinci bagi Rizab Antarabangsa pada akhir bulan Januari 2008

Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 1200 pada Jumaat, 29 Februari 2008
29 Feb 2008 Siaran Akhbar

Mengikut format Special Data Dissemination Standard (SDDS) Tabung Kewangan Antarabangsa (International Monetary Fund, IMF), butiran terperinci rizab antarabangsa memberikan maklumat tentang saiz, jenis dan kebolehgunaan rizab, dan aset mata wang asing lain serta aliran keluar masuk pertukaran asing yang telah dianggarkan terlebih dahulu, dan di luar jangkaan bagi Kerajaan Persekutuan dan Bank Negara Malaysia untuk tempoh 12 bulan akan datang.

Butiran terperinci rizab antarabangsa berdasarkan format SDDS terkandung dalam Jadual I, II, III dan IV. Seperti yang ditunjukkan dalam Jadual I, aset rizab rasmi berjumlah USD109,274.5 juta manakala aset mata wang asing lain berjumlah USD18,025.2 juta pada akhir bulan Januari 2008. Seperti yang ditunjukkan dalam Jadual II, bagi tempoh 12 bulan akan datang, aliran keluar jangka pendek bagi pinjaman dalam mata wang asing diunjurkan sebanyak USD920 juta disebabkan pembayaran balik berjadual pinjaman luar negeri oleh Kerajaan. Mulai bulan April 2006, data tidak termasuk anggaran aliran masuk mata wang asing hasil daripada pendapatan faedah dan pengambilan pinjaman projek berjumlah USD4,940 juta bagi tempoh 12 bulan akan datang. Seperti yang ditunjukkan dalam Jadual III, satu-satunya salur keluar bersih jangka pendek aset mata wang asing luar jangka ialah jaminan Kerajaan bagi hutang luar negeri yang matang dalam tempoh satu tahun, berjumlah USD364 juta. Rizab Malaysia tidak mempunyai sebarang pinjaman dalam mata wang asing yang berserta opsyen, kemudahan kredit belum dipakai dan kemudahan kredit tanpa syarat, yang diberikan oleh atau kepada bank pusat lain, organisasi antarabangsa, bank, dan institusi kewangan lain. Bank Negara Malaysia juga tidak terbabit dalam urus niaga opsyen dalam mata wang asing terhadap ringgit. Seperti yang ditunjukkan dalam Jadual IV, aktiviti repo dan pemberian pinjaman sekuriti juga tidak ketara.

Secara keseluruhan, butiran terperinci rizab antarabangsa mengikut format SDDS IMF di atas menunjukkan bahawa rizab Malaysia pada akhir bulan Januari 2008 tetap boleh guna dan tiada halangan untuk menggunakannya.

 

Table I: Official reserves assets and other foreign currency assets
Table II: Predetermined short-term net drains on foreign currency assets
Table III: Contingent short-term net drains on foreign currency assets
Table IV: Memo Items


Bank Negara Malaysia
29 Februari 2008

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?