Pemakluman Terperinci bagi Rizab Antarabangsa pada akhir bulan Januari 2009
Mengikut format Special Data Dissemination Standard (SDDS) Tabung Kewangan Antarabangsa (International Monetary Fund, IMF), butiran terperinci rizab antarabangsa memberikan maklumat tentang saiz, jenis dan kebolehgunaan rizab, dan aset mata wang asing lain, serta aliran keluar masuk pertukaran asing yang telah dianggarkan terlebih dahulu dan di luar jangkaan bagi Kerajaan Persekutuan dan Bank Negara Malaysia untuk tempoh 12 bulan akan datang.
Butiran terperinci rizab antarabangsa berdasarkan format SDDS terkandung dalam Jadual I, II, III dan IV. Seperti yang ditunjukkan dalam Jadual I, aset rizab rasmi berjumlah USD91,340 juta, manakala aset mata wang asing lain berjumlah USD527 juta pada akhir bulan Januari 2009. Seperti yang ditunjukkan dalam Jadual II, bagi 12 bulan akan datang, aliran keluar jangka pendek bagi pinjaman dalam mata wang asing diunjurkan sebanyak USD1,967 juta disebabkan oleh pembayaran balik berjadual pinjaman luar negeri oleh Kerajaan. Mulai bulan April 2006, data tidak termasuk anggaran aliran masuk mata wang asing daripada pendapatan faedah dan pengambilan pinjaman projek berjumlah USD3,364 juta bagi 12 bulan akan datang. Seperti yang ditunjukkan dalam Jadual III, satu-satunya salur keluar bersih jangka pendek aset mata wang asing luar jangka ialah jaminan Kerajaan bagi hutang luar negeri yang matang dalam tempoh satu tahun, berjumlah USD278 juta. Rizab Malaysia tidak mempunyai sebarang pinjaman dalam mata wang asing yang berserta opsyen, kemudahan kredit belum dipakai, dan kemudahan kredit tanpa syarat yang diberikan oleh atau kepada bank pusat lain, organisasi antarabangsa, bank, dan institusi kewangan lain. Bank Negara Malaysia juga tidak terbabit dalam urus niaga opsyen dalam mata wang asing terhadap ringgit. Seperti yang ditunjukkan dalam Jadual IV, aktiviti repo dan pemberian pinjaman sekuriti juga tidak ketara.
Secara keseluruhan, butiran terperinci rizab antarabangsa mengikut format SDDS IMF di atas menunjukkan bahawa rizab Malaysia pada akhir bulan Januari 2009 tetap boleh guna dan tiada halangan untuk menggunakannya.
Table I: Official reserves assets and other foreign currency assets
Table II: Predetermined short-term net drains on foreign currency assets
Table III: Contingent short-term net drains on foreign currency assets
Table IV: Memo Items
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.