Pemakluman Terperinci bagi Rizab Antarabangsa pada akhir bulan Januari 2010
Mengikut format Special Data Dissemination Standard (SDDS) Tabung Kewangan Antarabangsa (International Monetary Fund, IMF), butiran terperinci rizab antarabangsa memberikan maklumat tentang saiz, jenis dan kebolehgunaan rizab, dan aset mata wang asing lain, serta aliran keluar masuk pertukaran asing yang telah dianggarkan terlebih dahulu dan di luar jangkaan bagi Kerajaan Persekutuan dan Bank Negara Malaysia untuk tempoh 12 bulan akan datang.
Butiran terperinci rizab antarabangsa berdasarkan format SDDS terkandung dalam Jadual I, II, III dan IV. Seperti yang ditunjukkan dalam Jadual I, aset rizab rasmi berjumlah USD96,959.5 juta, manakala aset mata wang asing lain berjumlah USD812.3 juta pada akhir bulan Januari 2010. Seperti yang ditunjukkan dalam Jadual II, aliran keluar jangka pendek bagi pinjaman dalam mata wang asing bagi 12 bulan akan datang diunjurkan sebanyak USD397 juta disebabkan oleh pembayaran balik berjadual pinjaman luar negeri oleh Kerajaan. Sejajar dengan amalan yang diterima pakai sejak bulan April 2006, data tidak termasuk anggaran aliran masuk mata wang asing daripada pendapatan faedah dan pengambilan pinjaman projek berjumlah USD3,871 juta bagi 12 bulan akan datang. Kedudukan hadapan panjang bersih adalah bersamaan dengan USD800 juta pada akhir bulan Januari 2010. Seperti yang ditunjukkan dalam Jadual III, satu-satunya salur keluar bersih jangka pendek aset mata wang asing luar jangka ialah jaminan Kerajaan bagi hutang luar negeri yang matang dalam tempoh satu tahun, berjumlah USD216.48 juta. Rizab Malaysia tidak mempunyai sebarang pinjaman dalam mata wang asing yang berserta opsyen, kemudahan kredit belum dipakai dan kemudahan kredit tanpa syarat yang diberikan oleh atau kepada bank pusat lain, organisasi antarabangsa, bank dan institusi kewangan lain. Bank Negara Malaysia juga tidak terbabit dalam urus niaga opsyen dalam mata wang asing terhadap ringgit. Seperti yang ditunjukkan dalam Jadual IV, pinjaman sekuriti dan peminjaman sekuriti masing-masing berjumlah USD46.8 juta.
Secara keseluruhan, butiran terperinci rizab antarabangsa mengikut format SDDS IMF di atas menunjukkan bahawa rizab Malaysia pada akhir bulan Januari 2010 tetap boleh guna dan tiada halangan untuk menggunakannya.
Table I: Official reserves assets and other foreign currency assets
Table II: Predetermined short-term net drains on foreign currency assets
Table III: Contingent short-term net drains on foreign currency assets
Table IV: Memo Items
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.