Pemakluman Terperinci bagi Rizab Antarabangsa pada akhir bulan Mei 2002 : Nota penerangan
Sejajar dengan format SDDS Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), butiran terperinci rizab antarabangsa adalah bertujuan untuk memberi maklumat dahuluan dari segi saiz rizab, jenis dan kebolehgunaan rizab, serta aliran keluar masuk pertukaran asing pada masa hadapan yang terjadual dalam tempoh 12 bulan akan datang bagi Kerajaan Persekutuan and Bank Negara Malaysia.
Butiran terperinci rizab antarabangsa berdasarkan kepada format baru SDDS adalah seperti di Jadual I, II dan III. Seperti yang ditunjukkan dalam Jadual I, jumlah rizab pada akhir bulan Mei 2002 adalah sebanyak AS$32,559.7 juta, iaitu termasuk aset rizab rasmi yang berjumlah AS$31,620.8 juta dan lain-lain aset mata wang asing sebanyak AS$938.9 juta. Seperti yang ditunjukkan dalam Jadual II, aliran masuk jangka pendek yang terjadual bersih daripada pinjaman, sekuriti dan deposit dijangkakan dalam tempoh 12 bulan akan datang, adalah sebanyak AS$817 juta. Unjuran-unjuran ini tidak termasuk aliran masuk daripada punca lain seperti perdagangan, pelaburan langsung asing atau aliran portfolio. Seperti yang ditunjukkan dalam Jadual III, satu-satunya kontinjen pengeluaran bersih jangka pendek dalam aset mata wang asing adalah jaminan Kerajaan bagi hutang luar negeri yang matang dalam tempoh satu tahun, yang berjumlah AS$679 juta. Malaysia tidak mempunyai sebarang pinjaman yang bersertakan opsyen, kemudahan kredit yang tak bersyarat dan belum dipakai yang diberi oleh atau kepada bank-bank pusat yang lain, institusi antarabangsa, bank-bank dan lain-lain institusi kewangan. Bank Negara Malaysia juga tidak terlibat dalam urus niaga opsyen dalam mata wang asing berbanding ringgit.
Secara keseluruhannya, butiran terperinci rizab antarabangsa mengikut format baru SDDS IMF menunjukkan bahawa rizab Malaysia pada akhir bulan Mei 2002 kekal boleh diguna dan tidak membebankan. Unjuran bagi aliran keluar masuk jangka pendek yang terjadual bersih ialah aliran masuk bersih mata wang asing dalam 12 bulan akan datang. Kontinjen pengeluaran bersih jangka pendek Malaysia dalam rizab antarabangsa adalah kecil.
Table I: Official reserves assets and other foreign currency assets
Table II: Predetermined short-term net drains on foreign currency assets
Table III: Contingent short-term net drains on foreign currency assets
Table IV: Memo Items
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.