Pemakluman Terperinci bagi Rizab Antarabangsa pada akhir Disember 2004
Sejajar dengan format SDDS Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), butiran terperinci rizab antarabangsa memberi maklumat gambaran kedudukan hadapan mengenai saiz, jenis dan kebolehgunaan rizab, serta aliran keluar masuk pertukaran asing pratentu bagi Kerajaan Persekutuan dan Bank Negara Malaysia untuk tempoh 12 bulan akan datang.
Butiran terperinci rizab antarabangsa berdasarkan format SDDS tertera di dalam Jadual I, II dan III. Seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual I, jumlah rizab pada akhir Disember 2004 sebanyak AS$66,712.5 juta, terdiri daripada aset rizab rasmi berjumlah AS$66,209.3 juta dan aset mata wang asing lain sebanyak AS$503.2 juta. Seperti yang ditunjukkan dalam Jadual II, bagi tempoh 12 bulan akan datang, aliran masuk bersih jangka pendek pratentu bagi pinjaman, sekuriti dan deposit mata wang asing dianggar berjumlah AS$680 juta. Unjuran ini tidak termasuk potensi aliran masuk daripada perdagangan, pelaburan langsung asing atau aliran portfolio. Seperti yang ditunjukkan dalam Jadual III, satu-satunya salur keluar bersih jangka pendek aset mata wang asing luar jangka adalah jaminan Kerajaan bagi hutang luar negeri yang matang dalam tempoh satu tahun, berjumlah AS$398 juta. Malaysia tidak mempunyai sebarang pinjaman mata wang asing yang berserta opsyen, kemudahan kredit belum dipakai dan kemudahan kredit tanpa syarat yang diberi oleh atau kepada bank pusat, institusi antarabangsa, bank dan institusi kewangan lain. Bank Negara Malaysia juga tidak terlibat dalam urus niaga opsyen dalam mata wang asing terhadap ringgit.
Secara keseluruhan, butiran terperinci rizab antarabangsa mengikut format SDDS IMF di atas menunjukkan bahawa rizab Malaysia pada akhir Disember 2004 kekal boleh guna dan tidak membebankan. Unjuran salur keluar bersih jangka pendek pratentu ke atas rizab menunjukkan satu aliran masuk bersih mata wang asing bagi tempoh 12 bulan akan datang. Salur keluar bersih jangka pendek luar jangka Malaysia dalam rizab antarabangsa adalah kecil.
Table I: Official reserves assets and other foreign currency assets
Table II: Predetermined short-term net drains on foreign currency assets
Table III: Contingent short-term net drains on foreign currency assets
Table IV: Memo Items
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.