Pemakluman Terperinci bagi Rizab Antarabangsa pada akhir Februari 2005
Sejajar dengan format SDDS Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), butiran terperinci rizab antarabangsa memberi maklumat gambaran kedudukan masa depan mengenai saiz, jenis dan kebolehgunaan rizab, serta aliran masuk dan aliran keluar tukaran asing pratentu bagi Kerajaan Persekutuan dan Bank Negara Malaysia bagi tempoh 12 bulan akan datang.
Butiran terperinci rizab antarabangsa berdasarkan format SDDS tertera di dalam Jadual I, II, III dan IV. Seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual I, jumlah rizab pada akhir Februari 2005 ialah sebanyak AS$71,826.3 juta, terdiri daripada aset rizab rasmi berjumlah AS$71,321.7 juta dan aset mata wang asing lain sebanyak AS$504.6 juta. Seperti yang ditunjukkan dalam Jadual II, bagi tempoh 12 bulan akan datang, aliran masuk bersih jangka pendek pratentu bagi pinjaman, sekuriti dan deposit mata wang asing diunjur berjumlah AS$811 juta. Unjuran ini tidak termasuk potensi aliran masuk daripada perdagangan, pelaburan langsung asing atau aliran portfolio. Seperti yang ditunjukkan dalam Jadual III, satu-satunya salur keluar bersih jangka pendek aset mata wang asing luar jangka ialah jaminan Kerajaan bagi hutang luar negeri yang matang dalam tempoh satu tahun, berjumlah AS$370 juta. Malaysia tidak mempunyai sebarang pinjaman mata wang asing yang berserta opsyen, kemudahan kredit belum dipakai dan kemudahan kredit tanpa syarat yang diberi oleh atau kepada bank pusat, institusi antarabangsa, bank dan institusi kewangan lain. Bank Negara Malaysia juga tidak terlibat dalam urus niaga opsyen dalam mata wang asing terhadap ringgit. Seperti yang ditunjukkan dalam Jadual IV, aktiviti repo dan pemberian pinjaman sekuriti dan aset derivatif kewangan adalah tidak ketara.
Secara keseluruhan, butiran terperinci rizab antarabangsa mengikut format SDDS IMF di atas menunjukkan rizab Malaysia pada akhir Februari 2005 kekal boleh guna dan tidak dibebani sebarang obligasi. Unjuran salur keluar bersih jangka pendek pratentu ke atas rizab menunjukkan aliran masuk bersih aset mata wang asing bagi tempoh 12 bulan akan datang. Salur keluar bersih jangka pendek luar jangka Malaysia dalam rizab antarabangsa adalah tidak ketara.
Table I: Official reserves assets and other foreign currency assets
Table II: Predetermined short-term net drains on foreign currency assets
Table III: Contingent short-term net drains on foreign currency assets
Table IV: Memo Items
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.