Pemakluman Terperinci bagi Rizab Antarabangsa pada akhir Mac 2006
Sejajar dengan format SDDS Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), butiran terperinci rizab antarabangsa memberi maklumat mengenai saiz, jenis dan kebolehgunaan rizab, serta aliran keluar masuk pertukaran asing yang telah dianggarkan lebih awal, bagi Kerajaan Persekutuan dan Bank Negara Malaysia untuk tempoh 12 bulan akan datang.
Butiran terperinci rizab antarabangsa berdasarkan format SDDS tertera di Jadual I, II, III dan IV. Seperti yang ditunjukkan dalam Jadual I, jumlah rizab antarabangsa pada akhir Mac 2006 adalah sebanyak USD73,701.6 juta, terdiri daripada aset rizab rasmi berjumlah USD73,421.4 juta dan aset mata wang asing lain sebanyak USD280.2 juta. Seperti yang ditunjukkan dalam Jadual II, bagi tempoh 12 bulan akan datang, aliran masuk bersih jangka pendek yang telah dianggarkan lebih awal bagi pinjaman, sekuriti dan deposit mata wang asing diunjurkan sebanyak USD1,396 juta. Seperti yang ditunjukkan dalam Jadual III, satu-satunya salur keluar bersih jangka pendek aset mata wang asing luar jangka ialah jaminan Kerajaan bagi hutang luar negeri yang matang dalam tempoh satu tahun, berjumlah USD383 juta. Rizab Malaysia tidak mempunyai sebarang pinjaman dalam mata wang asing yang berserta opsyen, kemudahan kredit belum dipakai dan kemudahan kredit tanpa syarat, yang diberi oleh atau kepada bank pusat, organisasi antarabangsa, bank dan institusi kewangan lain. Bank Negara Malaysia juga tidak terlibat dalam urus niaga opsyen dalam mata wang asing terhadap ringgit. Seperti yang ditunjukkan dalam Jadual IV, aktiviti repo dan pemberian pinjaman sekuriti adalah kecil.
Secara keseluruhan, butiran terperinci rizab antarabangsa mengikut format SDDS IMF di atas menunjukkan bahawa rizab Malaysia pada akhir Mac 2006 kekal boleh guna dan tiada halangan untuk menggunakannya.
Table I: Official reserves assets and other foreign currency assets
Table II: Predetermined short-term net drains on foreign currency assets
Table III: Contingent short-term net drains on foreign currency assets
Table IV: Memo Items
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.