Pemakluman Terperinci bagi Rizab Antarabangsa pada akhir Mei 2006

Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 0247 pada Jumaat, 30 Jun 2006
30 Jun 2006 Siaran Akhbar

Sejajar dengan format SDDS Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), butiran terperinci rizab antarabangsa memberikan maklumat mengenai saiz, jenis dan kebolehgunaan rizab, serta aliran keluar masuk pertukaran asing Kerajaan Persekutuan dan Bank Negara Malaysia yang telah dianggarkan lebih awal, untuk tempoh 12 bulan akan datang.

Butiran terperinci rizab antarabangsa berdasarkan format SDDS tertera di Jadual I, II, III dan IV. Seperti yang ditunjukkan dalam Jadual I, aset rizab rasmi berjumlah USD78,665.7 juta manakala aset mata wang asing lain ialah USD281.4 juta pada akhir bulan Mei 2006. Seperti yang ditunjukkan dalam Jadual II, bagi tempoh 12 bulan akan datang, aliran keluar jangka pendek bagi pinjaman dalam mata wang asing yang telah dianggarkan lebih awal, berjumlah USD1,747 juta disebabkan pembayaran balik berjadual pinjaman luar negeri oleh Kerajaan. Mulai bulan April 2006, data tidak termasuk anggaran aliran masuk mata wang asing hasil daripada pendapatan faedah dan pengambilan pinjaman projek berjumlah USD3,374 juta bagi tempoh 12 bulan akan datang. Seperti yang ditunjukkan dalam Jadual III, satu-satunya salur keluar bersih jangka pendek aset mata wang asing luar jangka ialah jaminan Kerajaan bagi hutang luar negeri yang matang dalam tempoh satu tahun, berjumlah USD393 juta. Rizab Malaysia tidak mempunyai sebarang pinjaman dalam mata wang asing yang berserta opsyen, kemudahan kredit belum dipakai dan kemudahan kredit tanpa syarat yang diberi oleh atau kepada bank pusat lain, organisasi antarabangsa, bank, dan institusi kewangan lain. Bank Negara Malaysia juga tidak terlibat dalam urus niaga opsyen dalam mata wang asing terhadap ringgit. Seperti yang ditunjukkan dalam Jadual IV, aktiviti repo dan pemberian pinjaman sekuriti serta aset derivatif kewangan adalah tidak ketara.

Secara keseluruhan, butiran terperinci rizab antarabangsa mengikut format SDDS IMF di atas menunjukkan bahawa rizab Malaysia pada akhir bulan Mei 2006 kekal boleh guna dan tiada halangan untuk menggunakannya.

 

Table I: Official reserves assets and other foreign currency assets
Table II: Predetermined short-term net drains on foreign currency assets
Table III: Contingent short-term net drains on foreign currency assets
Table IV: Memo Items


Bank Negara Malaysia
30 Jun 2006

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?