Pemakluman Terperinci bagi Rizab Antarabangsa pada akhir November 2005

Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 1200 pada Jumaat, 30 Disember 2005
30 Dis 2005 Siaran Akhbar

Sejajar dengan format SDDS Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), butiran terperinci rizab antarabangsa memberi maklumat gambaran kedudukan hadapan mengenai saiz, jenis dan kebolehgunaan rizab, serta aliran keluar masuk pertukaran asing pratentu bagi Kerajaan Persekutuan dan Bank Negara Malaysia untuk tempoh 12 bulan akan datang.

Butiran terperinci rizab antarabangsa berdasarkan format SDDS tertera di dalam Jadual I, II, III dan IV. Seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual I, jumlah rizab antarabangsa pada akhir November 2005 sebanyak USD73,066 juta, terdiri daripada aset rizab rasmi berjumlah USD72,748.4 juta dan aset mata wang asing lain sebanyak USD317.6 juta. Seperti yang ditunjukkan dalam Jadual II, bagi tempoh 12 bulan akan datang, aliran masuk bersih jangka pendek pratentu bagi pinjaman, sekuriti dan deposit mata wang asing dianggar berjumlah USD2,287 juta. Seperti yang ditunjukkan dalam Jadual III, satu-satunya salur keluar bersih jangka pendek aset mata wang asing luar jangka ialah jaminan Kerajaan bagi hutang luar negeri yang matang dalam tempoh satu tahun, berjumlah USD368 juta. Malaysia tidak mempunyai sebarang pinjaman mata wang asing yang berserta opsyen, kemudahan kredit belum dipakai dan kemudahan kredit tanpa syarat yang diberi oleh atau kepada bank pusat, organisasi antarabangsa, bank dan institusi kewangan lain. Bank Negara Malaysia juga tidak terlibat dalam urus niaga opsyen dalam mata wang asing terhadap ringgit. Seperti yang ditunjukkan dalam Jadual IV, aktiviti repo dan pemberian pinjaman sekuriti dan aset derivatif adalah kecil.

Secara keseluruhan, butiran terperinci rizab antarabangsa mengikut format SDDS IMF di atas menunjukkan bahawa rizab Malaysia pada akhir November 2005 kekal boleh guna dan tidak membebankan.

 


Table I: Official reserves assets and other foreign currency assets
Table II: Predetermined short-term net drains on foreign currency assets
Table III: Contingent short-term net drains on foreign currency assets
Table IV: Memo Items


Bank Negara Malaysia
30 Disember 2005

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?