Pemakluman Terperinci bagi Rizab Antarabangsa pada akhir September 2005
Sejajar dengan format SDDS Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), butiran terperinci rizab antarabangsa memberi maklumat gambaran kedudukan hadapan mengenai saiz, jenis dan kebolehgunaan rizab, serta aliran keluar masuk pertukaran asing pratentu bagi Kerajaan Persekutuan dan Bank Negara Malaysia untuk tempoh 12 bulan akan datang.
Butiran terperinci rizab antarabangsa berdasarkan format SDDS tertera di dalam Jadual I, II, III dan IV. Seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual I, jumlah rizab pada akhir September 2005 sebanyak USD80,333.7 juta, terdiri daripada aset rizab rasmi berjumlah USD79,984.6 juta dan aset mata wang asing lain sebanyak USD349.1 juta. Seperti yang ditunjukkan dalam Jadual II, bagi tempoh 12 bulan akan datang, aliran masuk bersih jangka pendek pratentu bagi pinjaman, sekuriti dan deposit mata wang asing dianggar berjumlah USD1,651 juta. Seperti yang ditunjukkan dalam Jadual III, satu-satunya salur keluar bersih jangka pendek aset mata wang asing luar jangka adalah jaminan Kerajaan bagi hutang luar negeri yang matang dalam tempoh satu tahun, berjumlah USD368 juta. Malaysia tidak mempunyai sebarang pinjaman mata wang asing yang berserta opsyen, kemudahan kredit belum dipakai dan kemudahan kredit tanpa syarat yang diberi oleh atau kepada bank pusat, institusi antarabangsa, bank dan institusi kewangan lain. Bank Negara Malaysia juga tidak terlibat dalam urus niaga opsyen dalam mata wang asing terhadap ringgit. Seperti yang ditunjukkan dalam Jadual IV, aktiviti repo dan pemberian pinjaman sekuriti dan aset derivatif adalah kecil.
Secara keseluruhan, butiran terperinci rizab antarabangsa mengikut format SDDS IMF di atas menunjukkan bahawa rizab Malaysia pada akhir September 2005 kekal boleh guna dan tidak membebankan.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.