Pemakluman Terperinci Rizab Antarabangsa pada Akhir Bulan November 2014
Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 1200 pada Rabu, 31 Disember 2014
31 Dis 2014
Siaran Akhbar
Mengikut format Special Data Dissemination Standard (SDDS) Tabung Kewangan Antarabangsa (International Monetary Fund, IMF), butiran terperinci rizab antarabangsa memberikan maklumat tentang saiz, jenis dan kebolehgunaan rizab, dan aset mata wang asing lain, serta aliran masuk dan keluar pertukaran asing yang telah dianggarkan terlebih dahulu dan di luar jangkaan bagi Kerajaan Persekutuan dan Bank Negara Malaysia untuk tempoh 12 bulan akan datang.
Butiran terperinci rizab antarabangsa berdasarkan format SDDS terkandung dalam Jadual I, II, III dan IV. Seperti yang ditunjukkan dalam Jadual I, aset rizab rasmi berjumlah USD125,730.9 juta, manakala aset mata wang asing lain berjumlah USD2,624.9 juta pada akhir bulan November 2014. Seperti yang ditunjukkan dalam Jadual II, bagi tempoh 12 bulan akan datang, aliran keluar jangka pendek bagi pinjaman dalam mata wang asing diunjurkan sebanyak USD1,500.7 juta disebabkan oleh pembayaran balik berjadual peminjaman luar negeri oleh Kerajaan [1]. Sejajar dengan amalan yang diterima pakai sejak bulan April 2006, data ini tidak termasuk anggaran aliran masuk mata wang asing daripada pendapatan faedah dan pengeluaran pinjaman projek sebanyak USD3,142.7 juta bagi tempoh 12 bulan akan datang. Jumlah kedudukan hadapan panjang adalah sebanyak USD500.0 juta pada akhir bulan November 2014. Seperti yang ditunjukkan dalam Jadual III, satu-satunya salur keluar bersih jangka pendek aset mata wang asing luar jangka ialah jaminan Kerajaan bagi hutang luar negeri yang akan matang dalam tempoh satu tahun, berjumlah USD175.7 juta. Rizab Malaysia tidak mempunyai sebarang pinjaman dalam mata wang asing yang berserta opsyen, kemudahan kredit belum digunakan dan kemudahan kredit tanpa syarat yang diberikan oleh atau kepada bank pusat lain, organisasi antarabangsa, bank dan institusi kewangan lain. Bank Negara Malaysia juga tidak terbabit dalam urus niaga opsyen mata wang asing terhadap ringgit.
Secara keseluruhan, butiran terperinci rizab antarabangsa mengikut format SDDS IMF menunjukkan rizab Malaysia pada akhir bulan November 2014 tetap boleh guna dan tiada halangan untuk menggunakannya.

[1]Seperti dilaporkan dalam Siaran Akhbar mengenai Pemakluman Terperinci Rizab Antarabangsa pada Akhir Bulan Jun 2014, sebahagian besar daripada pembayaran balik berjadual peminjaman luar negeri oleh Kerajaan mencerminkan Sukuk Global 1Malaysia (USD1,250 juta) yang akan matang pada bulan Jun 2015.
Table I: Official reserves assets and other foreign currency assets
Table II: Predetermined short-term net drains on foreign currency assets
Table III: Contingent short-term net drains on foreign currency assets
Table IV: Memo Items
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.
Terima kasih atas maklum balas anda!