Pembaharuan Pengaturan Swap Dua Hala antara Bank Negara Malaysia dengan Bank of Korea

13 Mei 2024 Siaran Akhbar

Bank Negara Malaysia dan Bank of Korea hari ini memeterai perjanjian untuk memperbaharui pengaturan swap dua hala[1] (bilateral swap arrangement, BSA). Jumlah pengaturan swap ini dikekalkan sebanyak MYR15 bilion/KRW5 trilion, iaitu jumlah yang sama di bawah BSA yang dimeterai pada tahun 2020. Pengaturan swap ini adalah untuk tempoh tiga tahun dan boleh dilanjutkan dengan persetujuan bersama antara kedua-dua bank pusat.

BSA ini bertujuan untuk menggalakkan lagi perdagangan dua hala antara kedua-dua negara serta mengukuhkan kerjasama kewangan antara Korea dengan Malaysia.

Bank Negara Malaysia
Bank of Korea
13 Mei 2024

[1] Pengaturan swap dua hala ini membolehkan kedua-dua pihak membuat pertukaran mata wang tempatan negara mereka untuk menggalakkan perdagangan dua hala bagi pembangunan ekonomi kedua-dua negara.


Bank Negara Malaysia
13 Mei 2024

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?