Pembaharuan Perjanjian Pengaturan Swap Dua Hala antara Jepun dengan Malaysia
Jepun dan Malaysia telah memperbaharui Pengaturan Swap Dua Hala1 (Bilateral Swap Arrangement, BSA) yang berkuat kuasa pada 18 September 2023.
Bank of Japan (BOJ), yang mewakili Menteri Kewangan Jepun, dan Bank Negara Malaysia (BNM) memperbaharui BSA dengan jumlah pengaturan swap sehingga USD3 bilion. Perjanjian Pindaan dan Pemindaan yang ditandatangani merupakan susulan BSA yang dimeterai pada tahun 2020.
BSA yang diperbaharui ini menggabungkan pindaan-pindaan terkini kepada Perjanjian Chiang Mai Initiative Multilateralisation (CMIM).
Jepun dan Malaysia bersetuju bahawa BSA ini akan mengukuhkan lagi kerjasama kewangan antara kedua-dua negara dan mempertingkatkan kestabilan kewangan serantau.
1 BSA ialah perjanjian dua hala yang membolehkan kedua-dua pihak membuat pertukaran mata wang tempatan negara mereka kepada Dolar AS. Malaysia juga mempunyai pilihan untuk menukar Ringgit Malaysia kepada Yen Jepun.
Bank of Japan
Bank Negara Malaysia
19 September 2023
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.