Pembaharuan Perjanjian Pengaturan Swap Mata Wang Dua Hala antara Bank Negara Malaysia dengan People’s Bank of China
Bank Negara Malaysia dan People’s Bank of China telah memperbaharui pengaturan swap mata wang dua hala untuk tempoh lima tahun, berkuat kuasa dari tahun 2026 hingga 2031. Jumlah pengaturan swap ini turut ditingkatkan kepada RMB220 bilion/RM130 bilion (berbanding RMB180 bilion/MYR110 bilion sebelum ini). Perjanjian ini kali pertama dimeterai pada tahun 2009 dan diperbaharui pada tahun 2012, 2015, 2018 dan 2021.
Pembaharuan dan peningkatan jumlah pengaturan ini mengukuhkan lagi kerjasama yang telah lama terjalin antara kedua-dua bank pusat.
Pengaturan ini memudahkan penggunaan mata wang tempatan untuk perdagangan dan pelaburan dua hala antara Malaysia dengan China, selain dapat mengukuhkan hubungan ekonomi dan kewangan serta menyumbang kepada daya tahan kestabilan kewangan serantau.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.