Pembaharuan Perjanjian Pengaturan Swap Mata Wang Dua Hala antara Bank Negara Malaysia dengan People’s Bank of China

Embargo: Untuk siaran segera
20 Ogo 2018 Siaran Akhbar

Bank Negara Malaysia dan People’s Bank of China baru-baru ini telah memeterai perjanjian bagi memperbaharui pengaturan swap mata wang dua hala bernilai RMB180 bilion/RM110 bilion bagi tempoh tiga tahun lagi. Perjanjian pengaturan ini mula dibentuk pada tahun 2009 dan diperbaharui pada tahun 2012 dan 2015.

Pembaharuan pengaturan ini menunjukkan komitmen berterusan dalam usaha menggalakkan penggunaan mata wang tempatan untuk penyelesaian perdagangan dua hala dan pelaburan langsung antara Malaysia dengan China.


Bank Negara Malaysia
20 Ogos 2018

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?