Pembaharuan Perjanjian Pengaturan Swap Mata Wang Dua Hala antara Bank Negara Malaysia dengan People's Bank of China
23 Nov 2021
Siaran Akhbar
Bank Negara Malaysia dan People’s Bank of China telah memperbaharui pengaturan swap mata wang dua hala untuk tempoh lima tahun. Jumlah pengaturan swap ini dikekalkan sebanyak CNY180 bilion/RM110 bilion. Perjanjian pertama dimeterai pada tahun 2009.
"Pembaharuan ini memperkukuh kerjasama yang berterusan antara kedua-dua bank pusat. Pengaturan swap ini menyokong penyelesaian perdagangan dan pelaburan serantau menggunakan mata wang tempatan, di samping menggalakkan kestabilan kewangan di rantau ini," kata Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus.
Adakah halaman ini membantu ?
Bantu kami menambah baik halaman ini dengan berkongsi maklum balas anda.
Terima kasih atas maklum balas anda!