Pembaharuan Perjanjian Pengaturan Swap Mata Wang Dua Hala antara Bank Negara Malaysia dengan People's Bank of China

Embargo: Untuk siaran segera
17 Apr 2015 Siaran Akhbar

Bank Negara Malaysia dan People's Bank of China hari ini menandatangani perjanjian pembaharuan pengaturan swap mata wang untuk tempoh tiga tahun lagi, dengan jumlahnya dikekalkan sebanyak RMB180 bilion / MYR90 bilion. Pengaturan asal dibentuk pada tahun 2009 dan diperbaharui buat kali pertama pada tahun 2012.
 
Pengaturan swap mata wang dua hala yang diperbaharui ini akan mempertingkat usaha yang sedang dilaksanakan oleh kedua-dua bank pusat untuk menggalakkan penggunaan mata wang tempatan bagi penyelesaian pembayaran. Pengaturan swap mata wang ini juga akan terus memperkukuh hubungan ekonomi dan kewangan di samping menggalakkan aliran perdagangan dan pelaburan dua hala antara Malaysia dengan China. 

 

Gabenor Bank Negara Malaysia, Dr. Zeti Akhtar Aziz dan Gabenor People's Bank of China, Zhou Xiaochuan, bertukar-tukar dokumen pada majlis menandatangani perjanjian pembaharuan pengaturan swap mata wang dua hala di Washington DC pada 17 April 2015


Bank Negara Malaysia
17 April 2015

© 2026 Bank Negara Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.

Kongsi halaman ini

Adakah halaman ini membantu ?